KUALA LUMPUR 17 Feb - RHB Research memulakan liputan terhadap Binastra Corporation dengan saranan "beli" pada harga sasaran (TP) RM2.21 sesaham.
Firma penyelidikan itu berkata, liputan tersebut adalah pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan pemaju hartanah lain seperti Kerjaya Prospek.
Katanya, faktor seperti hubungan pelanggan jangka panjang, saluran paip projek mantap dan kepelbagaian projek hartanah bukan kediaman menyokong lagi liputan itu.
"Kami mengunjurkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sepanjang tiga tahun sebanyak 161%.
“Ini disokong oleh pengembangan pelanggan utamanya di luar Lembah Klang dan portfolio projek bukan kediaman yang pelbagai.
"Penglibatan Binastra dalam projek pembangunan bercampur dengan pelbagai fasa dianggarkan sebanyak RM4 bilion, berdasarkan lima projek pembangunan campuran semasa kumpulan itu.
"Oleh itu, kami menyasarkan penambahan kontrak bernilai RM4 bilion dan RM3.5bilion, masing-masing pada FY26 dan FY27.
"Kumpulan itu merancang untuk membayar sekurang-kurangnya 30% daripada pendapatannya sebagai dividen bermula dari FY26F dan seterusnya," kata RHB Research dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
RHB Reearch berkata, Binastra menerima kontrak pembinaan baharu bernilai RM3.1 billion setakat FY25.
"Peningkatan besar dalam kemenangan pekerjaan baharu pada FY25 kumpulan disokong oleh pelanggan utama yang mempunyai saluran paip projek nilai pembangunan kasar (GDV) terkumpul bernilai sebanyak RM8 bilion.
"Projek-projek ini dijangka akan dilancarkan setiap tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya. - DagangNews.com








