Radium perkenal Chancery Ampang SOHO dilengkapi taman mesra haiwan peliharaan pertama di KL | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Radium perkenal Chancery Ampang SOHO dilengkapi taman mesra haiwan peliharaan pertama di KL

Chancery Ampang SOHO menampilkan taman gaya hidup mesra haiwan peliharaan seluas 10,000 kaki persegi, mencerminkan perubahan keutamaan rakyat Malaysia bandar yang kini mengutamakan fleksibiliti, kesejahteraan dan semangat komuniti dalam kediaman mereka.
Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 4 Julai – Radium Development Bhd memperkenalkan Chancery Ampang SOHO dengan taman mesra haiwan peliharaan pertama di Kuala Lumpur, sekali gus menetapkan penanda aras baharu kediaman bandar. 

 

Pembangunan 51 tingkat di Embassy Row itu menawarkan taman seluas 10,000 kaki persegi yang mesra haiwan peliharaan, dilengkapi trek joging, taman landskap dan gelanggang pickleball terbuka bagi menyokong gaya hidup sihat dan interaksi komuniti.

 

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM530 juta, Chancery menawarkan 944 unit SOHO dan 145 unit hotel dengan keluasan antara 452 hingga 1,873 kaki persegi pada harga bermula RM420,000.

 

c
Taman Gaya Hidup Chancery turut dilengkapi gelanggang pickleball terbuka yang dibina khas, selari dengan trend kecergasan paling pesat berkembang di Malaysia.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Radium Development, Datuk Gary Gan berkata, Chancery direka bagi memenuhi permintaan pembeli dan pelabur yang mahukan fleksibiliti, kesejahteraan dan keterangkuman dalam kediaman bandar.

 

"Kehidupan bandar hari ini bukan lagi sekadar lokasi atau kemewahan tetapi mencipta ruang yang menyesuaikan diri dengan gaya hidup, pekerjaan dan interaksi," katanya dalam satu kenyataan.

 

Chancery turut menyediakan 32 kemudahan gaya resort termasuk kolam terbuka, ruang makan bumbung di aras 48, taman bertema dan ruang komuniti.

 

c
Konsep hibrid SOHO dengan susun atur daripada studio hingga unit dua bilik tidur direka untuk mereka yang memerlukan ruang serba guna yang boleh disesuaikan sebagai rumah, pejabat dan pelbagai kegunaan lain.

 

Teknologi pintar juga diterapkan antaranya akses lif tanpa sentuh, sistem lif Schindler PORT dan kunci pintar bagi setiap unit untuk kemudahan dan keselamatan penghuni.

 

Chancery terletak 500 meter dari Stesen MRT3 Tasik Ampang yang dicadangkan, dengan akses terus ke lebuh raya utama seperti Ampang–Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

 

Lokasinya juga berdekatan pusat beli-belah, kemudahan kesihatan dan pendidikan seperti Suria KLCC, KPJ Ampang Puteri, Gleneagles, ISKL dan Sayfol International School.

 

Bagi memberikan pengalaman menyeluruh kepada pembeli, Radium Development telah membuka galeri jualan yang dinaik taraf bersama unit pameran baharu, menampilkan susun atur fleksibel dan kemudahan moden.- DagangNews.com