Prospek Solarvest semakin cerah, diramal raih anugerah kontrak EPCC lebih banyak pada suku keempat, kata HLIB  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prospek Solarvest semakin cerah, diramal raih anugerah kontrak EPCC lebih banyak pada suku keempat, kata HLIB 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 21 Feb - Solarvest Holdings Bhd diyakini menerima manfaat daripada projek kejuruteraan solar, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada pelancaran Solar Skala Besar 5 (LSS5), LSS5+ dan LSS6. 


Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan prospek Solarvest kekal cerah pada FY25 dibantu oleh prestasi kewangan lebih kukuh pada suku keempat  memandangkan Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) diramal kukuh pada tahun akan datang. 


LSS5, LSS5+, dan LSS6, dijangka membuka kontrak bernilai antara RM15 bilion hingga RM18 bilion dalam tempoh 24 bulan akan datang, sekali gus merangsang aktiviti yang kukuh di sektor tenaga solar di negara ini.


Para penganalisis berkata, ia adalah perkembangan terbesar projek LSS dalam sejarah negara, yang akan memastikan pemain solar terus sibuk dengan kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyampaian (EPCC) sehingga 2027.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Malaysia melangkah ke kitaran super tenaga boleh diperbaharui menerusi projek LSS bernilai sehingga RM18 bilion

 

HLIB berkata, kuota yang tersedia daripada hanya LSS5 dan 5+ sahaja akan mengurangkan kuota skala utiliti terkumpul yang diberikan di bawah LSS1-4 dan CGPP. 

 

"Ini petunjuk jelas mengenai peralihan tenaga kementerian Tenaga, Peralihan dan Transformasi Air yang semakin pesat apabila kapasiti solar meningkat secara eksponen," katanya dalam satu nota.

 

Keuntungan bersih Solarvest melonjak 35% kepada RM14.4 juta pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2024 (Q3FY25) berbanding RM10.6 juta setahun lalu.


HLIB berkata ini menjadikan pendapatan teras sembilan bulan syarikat kepada RM33.2 juta, mengatasi jangkaan firma itu pada 81% tetapi masuk dalam konsensus pada 69%.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Solarvest catat peningkatan untung bersih sebanyak 35% kepada RM14.4 juta pada 3QFY25

 

Firma itu menaikkan pendapatan FY25, FY26 dan FY27 kumpulan itu masing-masing sebanyak 19%, 4.6% dan 4.6%.

 

Sementara itu, HLIB mengekalkan panggilan "beli" ke atas saham Solarvest dengan harga sasaran (TP) RM2.25 sesaham.- DagangNews.com