Prospek Eco World diunjur positif disokong aliran hasil jangka panjang stabil - Kenanga Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prospek Eco World diunjur positif disokong aliran hasil jangka panjang stabil - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Mac - Prospek pendapatan Eco World Development Group Bhd diunjur positif disokong keupayaan kumpulan itu mendapatkan aliran hasil jangka panjang yang stabil.

 

Kenanga Research berkata, selain jualan perindustrian, projek perbandaran kumpulan yang mendapat sambutan baik di Lembah Klang, memberi tumpuan kepada segmen rumah mampu milik, dan pendedahan kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang semakin meningkat mengukuhkan lagi prospek pertumbuhannya.

 

Katanya, kepelbagaian strategi ini meletakkan kumpulan itu dengan baik untuk menghasilkan pendapatan mampan dan pengembangan masa hadapan.

 

"Permintaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dijangka dibawa ke FY25 dengan sasaran jualan konservatif kumpulan sebanyak RM3.5 bilion mungkin diatasi dengan kami memperkenalkan sasaran baharu sebanyak RM3.9 bilion.

 

"Sementara itu, kami memperkenalkan unjuran FY26 yang kami anggap jumlah jualan lebih rendah sedikit sebanyak RM3.8 billion," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu menyukai Eco World kerana jenamnya yang kukuh selain produk berkualiti serta nilai jualan semula yang baik serta reka bentuk komtemporari yang diterima baik dalam pasaran.

 

Katanya, kumpulan itu juga sangat responsif bagi memenuhi keperluan pasaran dengan portfolio produk yang sangat fleksibel seperti rumah mampu milik.

 

"Kami juga menyukai kumpulan itu kerana kehadirnnya tepat pada masanya bagi memanfaatkan latar belakang industry Johor yang semakin berkembang pesat," katanya.

 

Kenanga Research menaikkan penarafan kumpulan kepada "market perform" berbanding "underperform" dengan harga sasaran (TP) RM2.00 sesaham.- DagangNews.com