Projek Ipoh Sentral perlu dirancang teliti agar seimbang dengan keperluan, penduduk - PCCCI | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Projek Ipoh Sentral perlu dirancang teliti agar seimbang dengan keperluan, penduduk - PCCCI

Gambar grafik pembangunan Ipoh Sentral apabila siap sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 28 Jan - Pembangunan Ipoh Sentral merupakan satu projek pembangunan yang akan mengubah rupa dan struktur bandar raya Ipoh secara sistematik serta memberi limpahan ekonomi.

 

Bagaimana pun, kemajuan kawasan yang luas ini harus diimbangi dengan permintaan dan keperluan pasaran secara keseluruhan. 

 

Ketua Jabatan Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI), Ir. Ong Kean Sing berkata, projek Ipoh Sentral sememangnya membawa perubahan landskap selari dengan pemodenan.

 

Sehubungan itu katanya, jumlah penduduk harus berkembang selari dengan kemajuan sesuatu kawasan dan persamaan ini wajar diselaraskan agar memenuhi penawaran dan permintaan pasaran secara kolektif. 

 

 

Perak
Projek Ipoh Sentral mengintegrasikan pengangkutan awam dengan pembangunan bercampur membabitkan kawasan seluas 2.5 hektar.

 

Perak

 

“Sekiranya tidak dirancang dengan teliti mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan, maka seandainya dilaksanakan secara terus projek ini nescaya akan memberi kesan persaingan yang sungguh sengit serta tekanan kepada perniagaan sedia ada. 

 

“Cabaran ini harus dikaji dan diteliti secara menyeluruh agar hasil yang dijana benar-benar memberi kebaikan dan kemajuan kepada masyarakat secara menyeluruh,” ujarnya kepada Dagang News.

 

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Seni dan Sains Sosial Universiti Tuanku Abdul Rahman Kampus Perak, Afi Roshezry Abu Bakar berkata, projek Ipoh Sentral dapat meningkatkan ekonomi bandar Ipoh bagi tempoh jangka panjang.

 

Katanya, dengan wujudnya bandar pintar seperti Ipoh Sentral akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk tempatan.

 

Perak
Ir. Ong Kean Sing
 

 

Perak
Afi Roshezry Abu Bakar.
 

 

“Limpahan projek ini dapat menarik banyak peluang pelaburan khususnya Ipoh dan kawasan sekitar seperti Menglembu, Batu Gajah, Gopeng dan Meru yang bakal menerima tempias lonjakkan pelaburan.

 

“Dengan adanya Ipoh Sentral ini bandar raya Ipoh akan menjadi hub pelaburan yang besar khususnya bagi kawasan utara Malaysia.

 

“Ini juga akan menarik ramai cerdik pandai serta golongan professional untuk bekerja dan menetap di Ipoh,” ujarnya.

 

Ipoh Sentral, projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM6.25 bilion akan dimulakan dalam tempoh 6 bulan lagi.

 

Perak
Persekitaran Stesen KTM Ipoh yang berusia 108 tahun bakal berubah wajah apabila projek Ipoh Sentral dimulakan.

 

Projek pembangunan ini dilaksanakan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menerusi anak syarikatnya Country Annexe Sdn. Bhd. (CASB) sebagai pemaju utama.

 

Ia mengintegrasikan pengangkutan awam dengan pembangunan bercampur membabitkan kawasan seluas 2.5 hektar dalam tempoh dua tahun bagi fasa pertama.

 

Fasa dua pula membabitkan pembangunan bercampur meliputi keluasan 24.6 hektar dalam tempoh 20 tahun. - DagangNews.com