KUALA LUMPUR 24 Feb - Oriental Kopi berada pada trajektori pertumbuhan yang kukuh, dibantu oleh strategi perkembangan bagi membuka 50 cawangan di Malaysia.
Firma penyelidikan itu berkata, syarikat itu akan menumpukan pada lokasi trafik tinggi untuk memaksimumkan keterlihatan jenama dan memastikan akses pengguna yang mudah yang digarisakan dalam strateginya.
"Pendekatan yang dipacu kualiti, berpusatkan lokasi ini membezakan Kopi Oriental daripada rakan industrinya.
"Ini menggariskan komitmennya untuk menyampaikan kualiti makanan dan standard perkhidmatan yang luar biasa sambil memupuk pertumbuhan jangka panjang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Hasil Oriental Kopi mencecah RM97.8 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM13.5 juta pada 1QFY24.
Pendapatan syarikat itu dipacu oleh operasi rangkaian kafenya, yang menyumbang RM79.1 juta, atau kira-kira 80% daripada jumlah hasil.
Firma penyelidikan itu berkata, keputusan ini secara amnya sejajar dengan unjuran dan anggaran konsensus kami, masing-masing mewakili 20% dan 21% ramalan tahun penuh.
"Kami melihat ini dalam jangkaan, kerana kami menjangkakan pertumbuhan jualan selanjutnya didorong oleh strategi pengembangan yang agresif, dengan cawangan tambahan dijadualkan dibuka pada suku akan datang," katanya.
Sementara itu, HLIB Research menetapkan saranan "beli" ke atas saham Oriental Kopi tetapi belum menilai harga sasaran (TP) saham kerana masih menunggu perbincangan lanjut dengan pengurusan syarikat.- DagangNews.com








