Pengarah Urusan LFE Engineering Kenneth Liew dipilih sebagai Presiden MBAM bagi penggal 2026-2028 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pengarah Urusan LFE Engineering Kenneth Liew dipilih sebagai Presiden MBAM bagi penggal 2026-2028

Kenneth Liew Kiam Woon (dua dari kanan) memimpin barisan jawatankuasa baharu MBAM mengangkat ikrar pada mesyuarat agung ke-72 MBAM pada 20 Jun 2026.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pengarah Urusan LFE Engineering Sdn Bhd, Kenneth Liew Kiam Woon dipilih sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) bagi penggal 2026 hingga 2028.

 

Pemilihan itu berlangsung sempena Mesyuarat Agung Tahunan MBAM ke-72 dan pemilihan Ahli Majlis persatuan berkenaan yang diadakan pada 20 Jun lalu.

 

Liew, yang juga Pengarah Eksekutif LFE Corporation Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia, menggantikan Oliver Wee Hiang Chyn daripada Tim Sekata Sdn Bhd, yang kini menyandang jawatan Presiden Terdahulu.

 

Mengulas pelantikannya, Liew menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan bertekad untuk terus memperkukuh industri pembinaan negara.

 

"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan semua ahli majlis, ahli persatuan serta pihak berkepentingan industri bagi memajukan kepentingan industri pembinaan Malaysia serta mengharungi peluang dan cabaran yang mendatang," katanya.


 

Kenneth
Kenneth Liew Kiam Woon

 


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng daripada FBG Builder Sdn Bhd turut dipilih sebagai Timbalan Presiden.

 

Lima Naib Presiden yang dipilih ialah Datuk Ubull Din Om daripada Gamuda Bhd, Eric Yong Shang Ming daripada Crest Builder Sdn Bhd, Richard Wong Kwan Song daripada Sunway Construction Sdn Bhd, Yeoh Keong Yuan daripada Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan Ng Eng Aan daripada IJM Corporation Bhd.

 

Sementara itu, Datuk Astaman Abdul Aziz daripada Norwest Holdings Sdn Bhd dipilih sebagai Setiausaha Agung, manakala Anthony Teoh Teik Thiam daripada WCT Bhd dilantik sebagai Bendahari Agung. - DagangNews.com