Pendapatan Yinson dianggar meningkat pada 4QFY25 diterajui sumbangan unit pengeluaran Maria Quitera, Atlanta - RHB Investment | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pendapatan Yinson dianggar meningkat pada 4QFY25 diterajui sumbangan unit pengeluaran Maria Quitera, Atlanta - RHB Investment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Dis - RHB Investment menganggarkan pendapatan Yinson Holdings Bhd meningkat pada 4QFY25 diterajui sumbangan pendapatan sulung daripada unit pengeluaran terapung, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Maria Quiteria dan Atlanta.

 

Katanya, permintaan FPSO global kekal teguh dan kumpulan itu selesa mendapatkan projek lain kerana projek semasanya menghampiri penghujung peringkat penukaran.

 

"Kami juga melihat potensi penjanaan wang bagi unit FPSO kumpulan sebagai pemangkin jangka terdekat yang berpotensi untuk kitaran semula modal," katanya dalam tu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu berkata, FPSO Maria Quiteria telah mencapai minyak pertama pada pertengahan Oktober 2024 manakala FPSO Atlanta berada di peringkat akhir pentauliahan dan akan mencapai minyak pertama bulan ini.

 

Katanya, FPSO Agogo berada di landasan tepat untuk penukaran dan kini sudah 80% siap.

 

"Minyak pertama telah dijadualkan untuk 4QFY26. Permintaan FPSO global kekal teguh dan Yinson masih aktif membida projek baharu," katanya.

 

RHB Investment berkata, kumpulan itu akan mempercepatkan pengambilan projek baharunya, dengan dua pekerjaan baharu dalam masa dua tahun.

 

Katanya, potensi penjanaan wang bagi projek FPSO masih berterusan dan ini sepatutnya membenarkan kumpulan itu membiayai projek baharu tanpa menggunakan penjanaan dana ekuiti.

 

"Yinson kekal komited untuk membayar dividen suku tahunan, dengan panduan CAGR 30% selama lima tahun," katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pendapatan teras 9MFY25 meningkat 40% kepada RM418 juta diterajui sumbangan FPSO dan sumbangan penuh daripada FPSO Anna Nery yang mencapai minyak pertama pada Mei 2023 serta keuntungan daripada pengukuran semula belum terima pajakan kewangan yang timbul daripada sambungan pajakan untuk FPSO Abigail Joseph.

 

Katanya, ia disokong kos operasi yang lebih rendah dan sumbangan yang lebih baik daripada teknologi hijau dan unit tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

"Kami mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM3.31 sesaham," katanya. - DagangNews.com