Oriental Melaka Straits Medical Centre rai ulang tahun ke-10 dengan pengiktirafan MSQH | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Oriental Melaka Straits Medical Centre rai ulang tahun ke-10 dengan pengiktirafan MSQH

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Feb - Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) meraikan ulang tahun ke-10 dengan pencapaian Akreditasi Edisi keenam daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) untuk kali ketiga. 

 

Pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kecemerlangan OMSMC dalam menyediakan penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi dan akreditasi itu disampaikan pada Majlis Makan Malam Tahunan hospital tersebut yang diadakan pada 18 Januari 2025. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC, Lee Soon Teck berkata, ia merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen OMSMC dalam memastikan keselamatan pesakit, perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan kecemerlangan klinikal. 

 

Katanya, anugerah itu turut mengukuhkan kedudukan OMSMC sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai dan bertaraf dunia dalam komuniti.

 

"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan MSQH ini. Ia bukan sahaja menjadi bukti usaha gigih pasukan kami dalam mengekalkan standard penjagaan tertinggi, malah menjadi inspirasi untuk kami terus memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

oriental

 

Sejak ditubuhkan pada tahun 2015, OMSMC terus berkembang untuk meningkatkan kualiti penjagaan:

  • 2015: Memulakan Makmal Kateterisasi Jantung dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh.
  • 2016: Menerima akreditasi penuh MSQH untuk tempoh empat tahun sejak Disember 2016.
  • 2018: Membuka wad pediatrik untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan kanak-kanak.
  • 2019: Memperkenalkan Sistem Skor Amaran Awal Automatik untuk pemantauankesihatan pesakit yang lebih baik.
  • 2021: Menubuhkan Pusat Dialisis dengan 6 katil rawatan, dan berkembang kepada 12 katil pada tahun 2022.
  • 2022: Memasang 5 stesen pengecas kenderaan elektrik, menyokong kemampanandalam penjagaan kesihatan.
  • 2023: Membuka wad premium di tingkat 8 dengan farmasi satelit serta kaunter kemasukan dan discaj, menambah 20 katil pada Januari 2025, menjadikan jumlah katil berlesen kepada 211.
  • 2024: Menerima anugerah Patient Safety Initiative of the Year di Healthcare Asia Awards dan memasang panel solar di bumbung hospital sebagai komitmen kepada prinsip ESG.

 

Sepanjang 10 tahun yang lalu, OMSMC telah mencapai pelbagai pencapaian dalam bidang penjagaan kesihatan:

  • Memberi rawatan kepada lebih 800,000 pesakit luar.
  • Merawat lebih 100,000 pesakit dalam.
  • Melakukan lebih 4,000 prosedur jantung.
  • Menjalankan lebih 200 pembedahan kardiotorasik sejak 2019.
  • Menyambut kelahiran lebih 7,000 bayi.
  • Melaksanakan lebih 20,000 prosedur endoskopi.
  • Menjalankan lebih 8,000 pembedahan ortopedik.

 

Sempena ulang tahun ke-10, OMSMC telah merancang pelbagai aktiviti komuniti sepanjang tahun.

 

Dimulakan dengan Karnival Ulang Tahun ke-10 pada 7 dan 8 Februari 2025, dengan pelbagai gerai pameran oleh jabatan klinikal dan pembekal, demonstrasi CPR, ceramah kesihatan bertajuk "Keseronokan dalam Bekerja" oleh Ahli Psikologi Klinikal, Carmen Chan dan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

 

oriental

 

Turut disediakan gerai makanan dan trak makanan dengan hidangan percuma, sertapertandingan seni dan kraf kanak-kanak yang digemari keluarga. Selain itu, Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Nor Hazirah Mohd Jiwa menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk "Dari Punca Hingga Rawatan: Panduan Penjagaan Ekzema".

 

Soon Teck berkata, sambutan tahun ini bukan sekadar meraikan pencapaian, tetapi juga untuk mengukuhkan hubungan dengan komuniti sambil menegaskan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti.

 

Antara aktiviti yang dirancang termasuk kelas antinatal mega yang akan berlangsung pada April ini, diikuti benkel Otopedik (Mei), kempen kesedaran ENT (Ogos), kempen kesedaran jantung (September) dan ekspo wanita dan kanak-kanak bersempena Pink October dan Hari Kanak-kanak Sedunia pada Oktober ini.

 

"Kami mengalu-alukan penyertaan semua dalam acara-acara kami untuk berkongsi kegembiraan dan kasih sayang selain akan terus memberikan perkhidmatan sepenuh hatikepada komuniti sebagai hospital komuniti yang dipercayai.

 

"Kami akan terus berkhidmat untuk masyarakat di Melaka dan kawasan sekelilingnya, di samping itu, setiap pesakit akan menerima penjagaan berkualiti sepenuh hati kami," katanya. - DagangNews.com