Nurjesmi bakal ketuai bahagian perbankan borong RHB Bank - sumber | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Nurjesmi bakal ketuai bahagian perbankan borong RHB Bank - sumber

KUALA LUMPUR 28 Mei - Ketua Pegawai Eksekutif Affin Hwang Investment Bank Bhd, Nurjesmi Mohd Nashir difahamkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dan dikatakan bakal menyertai RHB Bank Bhd sebagai ketua bahagian perbankan borong.

 

Sumber industri berkata, beliau akan dinamakan sebagai pengarah urusan kumpulan perbankan borong RHB, lapor The Edge.

 

Perkembangan itu berlaku selepas pengarah urusan kumpulan perbankan borong RHB sebelum ini, Datuk Fad’l Mohamed, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd pada Mac tahun ini.

 

Nurjesmi telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Affin Hwang Investment Bank sejak Jun 2023.

 

Sebelum menyertai Affin Hwang Investment Bank, Nurjesmi berkhidmat di JP Morgan Chase Bank Bhd sebagai pengarah eksekutif dan ketua perbankan korporat global. 

 

Nurjesmi juga pernah berkhidmat di Citibank Bhd selama hampir dua dekad.- DagangNews.com