MN Holdings raih kontrak kejuruteraan pencawang RM58.2 juta di Perlis daripada TNB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MN Holdings raih kontrak kejuruteraan pencawang RM58.2 juta di Perlis daripada TNB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Mac - MN Holdings Bhd menerusi MN Power Transmission Sdn Bhd menerima kontrak RM58.2 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pemasangan transmisi pengambilan utama (PMU) 132/33 kilovolt (kV) Kawasan Perindustrian Chuping Valley Pencawang Bertebat Gas (GIS) di Chuping, Perlis.

 

Katanya, kontrak itu termasu membekal, mendirikan, menguji dan mentauliahkan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (GIS) PMU 132/33kV lengkap dengan kerja-kerja asas, menengah dan semua kerja awam yang berkaitan.

 

"Kontrak itu berkuat kuasa 6 Mac 2025 dan akan diselesaikan 840 hari dari tarikh permulaan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

MN Power Transmissions perlu menyediakan jaminan prestasi sebanyak RM2.91 juta atau 5% daripada jumlah kontrak dalam tempoh 56 hari bermula 6 Mac 2025.

 

mn

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan dan pendapatan sesaham syarikat.

 

Projek itu bagaimanapun tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

Selain daripada risiko operasi biasa, Lembaga Pengarah MN Holdings tidak mengetahui sebarang faktor risiko lain yang mungkin timbul daripada kontrak.- DagangNews.com