KUALA LUMPUR 29 April – Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) memilih Datuk Liew Bin daripada Brilliant Merchandising Sdn Bhd sebagai Presiden baharu menggantikan Datuk Dr. Ken Phua Cheng Chuen daripada Bentley Music Sdn Bhd yang menamatkan penggal kepimpinannya.
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-29 itu, kepimpinan baharu bagi penggal 2026 hingga 2028 turut menetapkan hala tuju baharu persatuan itu untuk tempoh dua tahun akan datang.
Bagaimanapun, Datuk Dr. Ken Phua kekal dalam barisan kepimpinan sebagai Mantan Presiden dan akan terus menyumbang kepada persatuan dalam kapasiti penasihat.
Pelantikan baharu ini dilihat sebagai kesinambungan usaha MRCA dalam memperkukuh peranan persatuan sebagai suara kolektif industri peruncitan di Malaysia.
Dalam ucapan perasmian, Liew Bin memperkenalkan visi “The Home of Retailers” yang membawa maksud MRCA akan menjadi platform inklusif untuk semua peruncit tanpa mengira saiz perniagaan bagi memperkukuh jaringan dan pertumbuhan industri secara bersama.
Beliau turut menggariskan tiga fokus utama sepanjang penggal kepimpinannya, iaitu memperluaskan keahlian, meningkatkan pengaruh MRCA di peringkat industri dan kerajaan serta memperkukuh manfaat kepada ahli melalui inisiatif digital dan pembangunan kapasiti.
“Antara sasaran utama ialah meningkatkan keahlian kepada sekurang-kurangnya 1,000 ahli melalui kempen “Member-Get-Member” serta memperluas jaringan kepada lebih 10,000 perniagaan melalui kerjasama strategik dengan persatuan lain.
“MRCA juga akan memperkukuh keterlibatan dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Tourism Malaysia serta Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), selain memperkenalkan platform podcast dan memperbaharui penerbitan majalah persatuan.
“Dari segi manfaat ahli, MRCA merancang pelancaran aplikasi khas (MRCA App) sebagai platform marketplace, kempen “Member Plus” untuk perkongsian baucar, serta penawaran biasiswa melalui Yayasan MRCA dan Akademi MRCA,” katanya dalam satu kenyataan.
Persatuan itu turut memanfaatkan bangunan baharu di Icon City sebagai pusat latihan dan kolaborasi bagi memperkukuh pembangunan industri peruncitan tempatan.
MRCA yang ditubuhkan pada tahun 1992 itu kini mewakili lebih 600 ahli dengan 40,000 cawangan serta menyokong lebih 400,000 peluang pekerjaan di dalam dan luar negara.
Berikut merupakan senarai kepimpinan baharu MRCA bagi penggal 2026–2028:
1. Presiden - Datuk Liew Bin (Brilliant Merchandising Sdn Bhd)
2. Mantan Presiden - Datuk Dr. Ken Phua Cheng Chuen (Bentley Music Sdn Bhd)
3. Timbalan Presiden - Datuk Vincent Choo Kok Leang (Urban Idea Sdn Bhd)
4. Naib Presiden :
- Dr. Afendi Bin Dahlan (DR Group Holdings Sdn Bhd)
- Ms. Valerie Choo Yoke Shiem (Simply Awesome Sdn Bhd)
- Mr. Michael Liew Fong Tzer (Marrybrown Sdn Bhd)
- Dato’ Winnie Lim Yoke Chin (Solution Risk Consultants Sdn Bhd)
5. Setiausaha Agung - Mr. Henry Low Kar Onn (Spectrum Outdoor Marketing Sdn Bhd)
6.Timbalan Setiausaha Agung - Dr. Christine Tan Gaik Lin (CT F&B Holdings Sdn Bhd)
7. Bendahari Agung - Ms. Aiveen Wong Choy Ching (Chin Swee Food Sdn Bhd)
8. Timbalan Bendahari Agung - Mr. Terry Tay Eng Yeou (Aatas Living Sdn Bhd)
9. Ahli Majlis :
- Dr. Cassandra Chan Yi Rang (Senheng Electric KL Sdn Bhd)
- Mr. Edison Choon King Han (Poh Kong Holdings Berhad)
- Mr. Jit Singh A/L Santok Singh (Ironhorse Asia Sdn Bhd)
- Mr. Liang Foo Kuan (Big Onion Food Caterer Sdn Bhd)
- Mr. Kelvin Liaw Kai Xuan (Focus Point Holdings Berhad)
- Mr. Lim Ben Jie (Tune Group Sdn Bhd – AirAsia)
- Mr. Nevinn Leow Shue Min (Souper Tang Group Sdn Bhd)
- Mr. Vincent Wong Yong Kang (YFS Corporate M Sdn Bhd)
- Ms. Rachel Tan Siok Khim (Wellous Sdn Bhd)
10. Ahli Majlis (Lantikan) :
- Datuk Mohamed Rozhan bin Mohd Ghazalli (Perbadanan Nasional Berhad – Pernas)
- Mr. Marcus Chew Phai Hau (Oasis Home Holding Berhad)
- Ms. Linda Lo (Ambon Boenda Sdn Bhd)
MRCA berkata barisan kepimpinan baharu ini akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem peruncitan negara melalui inovasi, kolaborasi strategik dan pembangunan industri yang lebih inklusif.- DagangNews.com








