Lebtech raih kontrak RM1.25 juta bekal alat ganti radar cuaca kepada Jabatan Meteorologi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lebtech raih kontrak RM1.25 juta bekal alat ganti radar cuaca kepada Jabatan Meteorologi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Julai - Lebtech Berhad menerusi Lebtech Energy Sdn Bhd menerima kontrak RM1.25 juta daripada Jabatan Meteorologi Malaysia bagi membekal dan menghantar alat ganti radar cuaca dan Sistem Pengesanan Angin (WSDS).

 

Kumpulan itu berkata, mereka menerima surat anugerah itu pada 4 Julai lalu.

 

"Kontrak itu adalah selama 27 bulan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan sepanjang tempoh kontrak tersebut.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama Lebtech dan/atau pihak yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak ini. - DagangNews.com