Langkah rightsizing, isu tidak selesai Petros, perbelanjaan modal Petronas dianggar terus susut kepada RM43 bilion - RHB Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Langkah rightsizing, isu tidak selesai Petros, perbelanjaan modal Petronas dianggar terus susut kepada RM43 bilion - RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Feb - Langkah pengurangan tenaga kerja Petronas kepada 'saiz yang betul' dan perbincangan berterusan dengan Petros terus menimbulkan ketidaktentuan terhadap minyak dan gas (O&G) kerana sasaran perbelanjaan modal masih tidak jelas. 

 

RHB Research berkata, Petronas dilaporkan bakal memulakan langkah pengurangan tenaga kerjanya kepada 'saiz yang betul' menjelang pertengahan tahun ini bagi meningkatkan kecekapan.

 

Katanya, syarikat itu masih menunggu butiran perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak mengenai skop kerjasama dengan Petros.

 

"Semua kontrak yang membawa kepada Ordinan Pengagihan Gas 2016 akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

 

"Walaupun masih tiada panduan mengenai sasaran perbelanjaan capex untuk tahun ini, kami tidak menolak kemungkinan capex menyusut sebanyak 20% kepada RM43 billion kerana masih tiada kepastian mengenai pengaturan kerja antara Petros dan Petronas," katanya dalam satu nota kajian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih Petronas susut 32 peratus kepada RM55.1 bilion pada FY24

 

RHB Research berkata, Petronas membelanjakan capex sebanyak RM28.5 bilion pada separuh kedua 2024, menaikkan angka FY24 kepada RM52.8 bilion.

 

Katanya, segmen huluan (52%) merupakan penyumbang terbesar, diikuti oleh gas (21%) – Gentari dan perniagaan hiliran mempunyai saham sebanyak 9% dan 7%.

 

"Persekitaran operasi keseluruhan mungkin lebih mencabar, tetapi kami menyokong pemilihan saham terpilih dengan pemain berkaitan kapal penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) dan penyelenggaraan," katanya. - DagangNews.com