Kontrak sewaan baharu, kunci kira-kira lebih kukuh pacu pertumbuhan Bumi Armada - penganalisis | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kontrak sewaan baharu, kunci kira-kira lebih kukuh pacu pertumbuhan Bumi Armada - penganalisis

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Mac - Penganalisis positif terhadap prospek Bumi Armada Bhd, disokong jangkaan pertumbuhannya melalui kontrak penyimpanan dan pemunggahan terapung pengeluaran (FPSO) baharu dan kunci kira-kira yang kukuh.

 

CIMB Securities berkata, kontrak penyewaan kumpulan untuk FPSO Sterling II ditetapkan untuk tamat pada 7 Mac 2025, berikutan selesainya tempoh lanjutan setahun dari 8 Mac 2024 bernilai AS$43 juta, atau RM198 juta.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Bumi Armada kini sedang dalam perbincangan aktif dengan penyewa berhubung kemungkinan untuk lanjutan kontrak.

 

“Walaupun Bumi Armada yakin mendapatkan lanjutan untuk FPSO, yang kini dipajakkan kepada Oil and Natural Gas Corp Ltd (ONGC) milik kerajaan India untuk operasi di medan Kluster-7 yang terletak kira-kira 210 km dari pantai barat Mumbai, keputusan pembaharuan terletak pada ONGC, yang akan menentukan sama ada untuk melanjutkan kontrak tersebut untuk tempoh setahun lagi di bawah kontrak semasa,” katanya dalam satu nota kajian.

 

CIMB Securities berkata, walaupun ia merupakan perkembangan positif bagi penyedia perkhidmatan medan minyak, ia tidak mengambil kira sebarang pembaharuan kontrak untuk FPSO Sterling II, kerana ia menjangkakan impak kewangan adalah minimum.

 

Firma penyelidikan itu menegaskan, dengan kunci kira-kiranya yang lebih kukuh, Bumi Armada berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan masa depan, terutamanya dalam mengembangkan portfolionya melalui kontrak FPSO baharu atau memperoleh kapal pengeluar sedia ada yang masih dalam kontrak.

 

Ia juga meningkatkan kehadirannya dalam segmen penangkapan dan penyimpanan karbon di Laut Utara melalui usaha sama (JV) dengan Bluestreak dan Uniper.

 

"Kedudukan kewangan kumpulan yang kukuh membolehkannya menyokong projek berskala besar dalam industri intensif modal ini," katanya.

 

Pada masa yang sama, berikutan kemerosotan nilai berganda yang besar pada Armada Kraken, RHB Research melaporkan, Bumi Armada melihat risiko kemerosotan nilai minimum pada kapal sedia ada melainkan sewa kapal ini tidak dilanjutkan.

 

Difahamkan juga, Bumi Armada masih dalam peringkat memuktamadkan potensi penggabungannya dengan MISC Bhd yang boleh meningkatkan akses pembiayaan kumpulan tetapi, dengan menyatakan struktur dan harganya adalah faktor penting.- DagangNews.com