Ketech Asia sasar kontrak bekalan peluru kepada pihak berkuasa Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ketech Asia sasar kontrak bekalan peluru kepada pihak berkuasa Malaysia

Ketech Asia mempamerkan peluru senjata kecil pada DSA 2026 untuk ditawarkan kepada ATM dan agensi keselamatan lain.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 21 April – Ketech Asia Sdn. bhd. (Ketech Asia) menyasarkan untuk memperoleh kontrak membekalkan peluru kepada pihak berkuasa Malaysia menerusi penyertaannya dalam DSA 2026.

 

Rundingan kini berada pada fasa perbincangan bersama pihak kerajaan, khususnya melibatkan usaha mendapatkan kontrak pusat peluru melalui Kementerian Kewangan.

 

Pengarah Projek Ketech Asia, Rahayu Baharudin memberitahu, sekiranya segala urusan berjalan lancar, keputusan berhubung kontrak berkenaan dijangka dimuktamadkan seawal Jun depan.

 

“Ketika ini, perbincangan masih berlangsung dan kami optimis terhadap potensi kerjasama ini.

 

Meriam
Rahayu Baharudin 

 

“Ia sekali gus memperkukuh peranan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan pertahanan negara,” katanya ketika ditemui pada Pameran DSA 2026 di MITEC di sini.

 

Kilang pembuatan peluru Ketech Asia di Kuala Lipis, Pahang kini beroperasi dalam keadaan kapasiti penuh.

 

Ia mampu menghasilkan sebanyak 130 juta butir peluru-peluru kaliber 9mm dan 5.56mm setahun untuk pasaran tempatan.

 

Kilang berkenaan turut menggaji kira-kira 120 tenaga kerja tempatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri pertahanan domestik.

 

Meriam

 

Helikopter

 

Helikopter

 

Semua produk keluaran syarikat juga telah melalui ujian ketat serta memperoleh pengiktirafan daripada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) menandakan tahap kualiti dan pematuhan kepada piawaian industri.

 

Mengenai penyertaan pada DSA, jelas Rahayu, ini merupakan kali ketiga Ketech Asia dalam pameran tersebut dan kali kedua sejak syarikat itu memiliki kemudahan kilang sendiri.

 

Pada edisi kali ini, Ketech Asia menampilkan pelbagai produk peluru yang dihasilkan sebagai usaha memperluas peluang pasaran dan menarik minat pihak berkepentingan.

 

Katanya, ini dilihat selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa industri pertahanan tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar negara. - DagangNews.com