KUALA LUMPUR 6 Feb - Steel Hawk Bhd diyakini mencatatkan perkembangan hasil untuk tempoh beberapa tahun akan datang bermula FY25 selepas meraih lima pakej pekerjaan, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).
Katanya, pada 12 November 2024, kumpulan itu dilantik sebagai kontraktor panel Petronas bagi menyediakan kerja-kerja pembinaan & pengubahsuaian (CWM) apabila diperlukan untuk lima pakej pekerjaan di seluruh wilayah utama di Malaysia selama 3+1+1 tahun.
Firma penyelidikan itu berkata, pakej pekerjaan itu melibatkan 27 Unit Loji Operasi Hiliran (OPU) Petronas.
"Ia mungkin kemenangan pekerjaan terbesar Steel Hawk sejak penubuhannya dan kumpulan itu harus mengiktiraf sumbangan bermakna daripada pembangunan utama ini bermula 1QFY25 dan seterusnya," katanya dalam satu nota kajian.
ARTIKEL BERKAITAN: Steel Hawk terima lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali sediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengubahsuaian
Steel Hawk menerusi anak syarikatnya mempunyai tiga segmen perniagaan teras, iaitu perkhidmatan EPCC untuk gelincir suntikan kimia dan penambahbaikan/penyelenggaraan kemudahan kemudahan minyak dan gas, pemasangan dan penyelenggaraan peralatan medan minyak serta pembekalan peralatan medan minyak.
Maybank IB berkata, margin untung kasar kumpulan itu bertambah baik dari semasa ke sesame dengan ia telah mencatatkan perkembangan daripada 24.2% pada FY22 kepada 42.7% pada 9MFY24.
Katanya, Steel Hawk berdagang pada FYE12/24 PER tahunan prospektif sebanyak 15.1x berbanding purata 5.1x untuk rakan setaranya.
"Steel Hawk mempunyai polisi pemberian dividen sekurang-kurangnya 30% daripada untung bersihnya," katanya. - DagangNews.com








