JMM dianugerahkan kontrak RM300 juta oleh Petronas, ExxonMobil dan Vestigo | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

JMM dianugerahkan kontrak RM300 juta oleh Petronas, ExxonMobil dan Vestigo

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 17 Feb - Anak syarikat Marine & General Bhd, Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd (JMM), dianugerahkan kontrak untuk penyediaan kapal penghantaran bekalan (SSV) dan tiga kapal tunda penarik jangkar (AHTS) daripada syarikat minyak utama.

 

Kontrak-kontrak itu yang dianugerahkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc dan Vestigo Petroleum Sdn Bhd, mempunyai nilai kumulatif kira-kira RM300 juta untuk tempoh kontrak tetap selama tiga tahun.

 

M&G berkata, penyewa mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak masing-masing untuk tempoh sehingga tiga tahun lagi.

 

"Tempoh kontrak tetap ini akan bermula pada hujung bulan ini," menurut kumpulan tersebut dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia. - DagangNews.com