Hasil KLCC Stapled Group cecah RM451 juta pada 4QFY24, umum dividen tahunan sebanyak 45 sen  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hasil KLCC Stapled Group cecah RM451 juta pada 4QFY24, umum dividen tahunan sebanyak 45 sen 

Gambar hiasan dari unsplash
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 5 Feb - KLCC Stapled Group catat hasil lebih tinggi pada suku keempat 2024 (4QFY24) sebanyak RM451 juta berbanding dengan RM442.6 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu mengumumkan dividen 17 sen bagi suku tersebut, membawa kepada jumlah dividen tahunan sebanyak 45 sen. 

 

Katanya, kumpulan mencatat hasil RM1.7 bilion pada FY24, mewakili rekod tertinggi sejak penyenaraian kumpulan pada 2023. 

 

"Prestasi FY24 mewakili perkembangan sebanyak 5.7%.

 

"Mewakili segmen runcit, Suria KLCC dan Menara 3 Petronas mencatat hasil lebih tinggi pada suku ini sebanyak RM139.6 juta berbanding dengan tempoh sama tahun lepas iaitu RM137.1 juta. 

 

"Pertumbuhan dalam segmen itu didorong oleh sewa asas lebih tinggi bagi penyewa baharu dan sedia ada, dibantu lagi dengan kadar penghuni mencecah 99%. 

 

"Bagi segmen hotel, mewakili Mandarin Oriental, Kuala Lumpur (MOKUL Hotel) menyaksikan peningkatan RM67.9 juta bagi suku tersebut. 

 

"Di samping itu, segmen pejabat iaitu Menara Kembar Petronas, Menara ExxonMobil dan Menara Dayabumi mencatat hasil RM146.3 juta," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohd Salem Kailany berkata, prestasi kumpulan pada 2024 mencerminkan pertumbuhan kukuh KLCC Stapled Group merentasi semua perniagaan. 

 

"Ini memberi kumpulan peluang untuk membayar dividen tertinggi kepada pemagang saham kami. 

 

"Kami akan mengekalkan momentum pertumbuhan ini dengan memanfaatkan perbelanjaan pengguna dan sector pelancongan yang semakin pulih," katanya.  - DagangNews.com