FBM KLCI bergerak mendatar menjelang pengumuman OPR oleh Bank Negara petang ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

FBM KLCI bergerak mendatar menjelang pengumuman OPR oleh Bank Negara petang ini

Oleh HAZIQ HAKIMI

KUALA LUMPUR 6 NovBursa Malaysia dibuka mendatar pagi ini apabila para pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada petang ini.

 


Menurut TA Securities, aktiviti dagangan dijangka kekal bergerak mendatar (sideways) berikutan sentimen serantau yang lemah, selain sikap tunggu dan lihat menjelang pengumuman kadar faedah tersebut.

 

 

Pada jam 9 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.06 mata kepada 1,621.49, hampir tidak berubah berbanding paras penutup semalam.

 


Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Nestle (M) Bhd jatuh RM3.20 kepada RM112.80, menghapuskan semula keuntungan sesi sebelumnya.

 


Sebaliknya, Sunway Bhd naik lima sen kepada RM5.44, Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat enam sen kepada RM13.26, manakala Telekom Malaysia Bhd (TM) menambah empat sen kepada RM7.24.

 


Sime Darby Plantation (SD Guthrie) turut melonjak lima sen kepada RM5.33 selepas mengumumkan lonjakan keuntungan suku tahunan serta mengekalkan unjuran positif bagi tahun kewangan semasa.

 


Di sektor teknologi pula, harga saham menunjukkan pemulihan sederhana seiring dengan kenaikan semalaman di Nasdaq.

 


Malaysian Pacific Industries (MPI) naik 36 sen kepada RM30.80, Vitrox Corp Bhd menambah lapan sen kepada RM4.59, manakala VSTECS Bhd meningkat lima sen kepada RM4.10.

 

 

Dalam kalangan saham aktif, Borneo Oil kekal tidak berubah pada 0.5 sen, MMAG Holdings turun 0.5 sen kepada 10 sen, manakala NexG Bhd susut 0.5 sen kepada 29.5 sen. - DagangNews.com