KUALA LUMPUR 27 Feb - Econpile Holdings Bhd dijangka menjadi penerima manfaat daripada pelancaran projek infrsastruktur baharu pada masa akan datang memandangkan rekod prestasinya yang kukuh dalam projek berkaitan kereta api dan lebuh raya.
RHB Research berkata, momentum pekerjaan pembinaan swasta diramal berterusan dengan hartanah kediaman tidak terjual mencatatkan penurunan sebanyak 10.3% pada 2024 dan ia menunjukkan peningkatan permintaan positif dalam pasaran hartanah.
"Pemangkin penarafan semula yang berpotensi termasuk kelulusan atau pelancaran projek LRT Pulau Pinang dan Sungai Klang Link yang lebih pantas daripada yang dijangkakan (bernilai RM300 juta hingga RM500 juta; jumlah kos projek: RM8 bilion hingga RM10 bilion)," katanya dalam satu nota kajian.
Firma penyelidikan itu berkata, walaupun hasil 1HFY25 kumpulan itu merosot sebanyak 35%, namun keuntungan terasnya ebanyak RM2.2 juta dalam tempoh sama menunjukkan peningkatan ketara berbanding kerugian teras RM14 juta pada 1HFY24.
Katanya, ia adalah hasil daripada pengebilan daripada projek yang sedang berjalan dan pengukuran semula yang berjaya dan tuntutan pesanan variasi daripada projek yang telah siap sebelum ini.
RHB Research berkata, buku pesanan tertunggak Econpile berada pada paras RM421 juta pada akhir 1QFY25 (nisbah penutup 1x), berbanding RM304 juta setahun lalu.
Kemenangan kerja baharu FY25 berjumlah RM186 juta (berbanding sasaran kemenangan pekerjaan baharu yang terdahulu sebanyak RM600 juta untuk FY25) - ini termasuk kerja-kerja cerucuk untuk kondominium dan bangunan komersial pembangunan bercampur.
"Buku tender RM1 bilion kumpulan itu terdiri daripada pekerjaan sektor swasta dan awam," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) 49 sen sesaham. - DagangNews.com








