Eco World dipercayai berunding dengan pemain pusat data, bangunkan taman perniagaan di Lembah Klang dan Johor - Maybank IB   | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Eco World dipercayai berunding dengan pemain pusat data, bangunkan taman perniagaan di Lembah Klang dan Johor - Maybank IB  

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Feb - Maybank Investment Bank (Maybank IB) percaya Eco World Development Group Bhd sedang berunding secara aktif dengan pemain pusat data bagi membangunkan projek taman perniagaannya di Lembah Klang dan Johor.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Eco World mungkin menerima satu atau dua tawaran pusat data. 

 

"Selain penjualan tanah secara terang-terangan, pemajakan bangunan pusat data bagi menjana pendapatan berulang boleh menjadi pelan strategi kumpulan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Maybank IB berkata, Eco World menyasar untuk mengembangkan pendapatan berulang yang minimum pada masa ini, yang berganda untuk meningkatkan daya tarikan keseluruhan projek dan perbandarannya.

 

"Ini termasuk Tuah 1895, sebuah hab santapan mewah dan gaya hidup di Pusat Bandar Bukit Bintang yang dimiliki 40% serta LaLaport Mall yang dimiliki 10% miliknya yang boleh meningkatkan trafik ke kawasan tersebut. 

 

Mengenai cadangan usaha sama (JV) kumpulan itu untuk projek taman perindustrian di Negeri Sembilan, Maybank IB menjankakan pela itu diperkukuhka lagi menjelang pertengahan 2025 untuk dilancarkan seawal akhir tahun ini.

 


"Sumbangan JV berpotensi meningkatkan nilai aset bersih (RNAV) Eco World dengan anggaran dua sen sesaham, dengan mengandaikan margin sebelum cukai sebanyak 20%," katanya.

 

Pemain hartanah itu bekerjasama dengan SD Guthrie Bhd dan NS Corporation milik kerajaan untuk projek nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.9 bilion yang terletak dalam koridor ekonomi Malaysia, Vision Valley 2.0.

 

Maybank IB, pengiraan ini mengandaikan bahawa Eco World memegang 50% sehingga 60% kepentingan dalam perkongsian itu.

 

Sementara itu, firma tersebut mengekalkan saranan "beli" dengan menaikkan harga sasarannya (TP) kepada RM2.33, daripada RM2.25.  - DagangNews.com