D&O Green Technologies sasar pertumbuhan jualan antara 11% hingga 12% pada FY25, kata PublicInvest | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

D&O Green Technologies sasar pertumbuhan jualan antara 11% hingga 12% pada FY25, kata PublicInvest

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Mac - Walaupun berlaku ketidakstabilan dalam pasaran automotif global, pengurusan D&O Green Technologies Bhd menyasarkan pertumbuhan jualan antara 11% hingga 12% pada FY25 dipacu campuran produk lampu kenderaan kumpulan itu.

 

Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) berkata, kenaikan gaji minimum dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja asing tidak begitu memberi kesan kerana jumlah pekerja yang rendah berikutan peningkatan kapasiti automasi.

 

Firma penyelidikan itu berkata, produk lampu SpicePlus 2520 RCL diterima baik dan kumpulan itu merupakan penyedia tunggal dalam segmen itu kerana reka bentuk yang canggih serta menarik.

 

Kami memahami bahawa produk SpicePlus 2520 RCL diterima baik, dan D&O ialah penyedia tunggal dalam segmen ini kerana reka bentuk produk yang unggul dan canggih.

 

"Mengenai perniagaan modul, pihak pengurusan menjangkakan sumbangan pendapatan sulung tahun ini kerana kebanyakan projeknya (kawalan kenderaan elektrik, modul kuasa jauh yang dipertingkatkan, modul kawalan pintu, suis lampu luaran dan pengecas tanpa wayar) telah memasuki fasa pengeluaran besar-besaran.

 

"Pengurusan melihat keadaan yang bertambah baik dalam isu kereta tidak terjual di China, dan ia menjangkakan prestasi yang lebih kukuh pada separuh kedua, diterajui oleh pertumbuhan dari rantau Eropah dan Asia," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, keuntungan bersih teras kumpulan untuk 4QFY24 menjunam 64% tahun ke tahun kepada RM13.3 juta, meleset daripada jangkaan.

 

Prestasi lebih lemah itu disebabkan penurunan hasil sebanyak 15.5% kepada RM261.9 juta, disebabkan kadar penggunaan kilang yang lebih rendah sebanyak 70%.

 

Firma penyelidikan itu berkata, permintaan lemah pada 4QFY24 adala disebabkan pembatalan pesanan oleh pembuat kereta memandangkan keadaan kereta yang tidak terjual di China.

 

Katanya, kumpulan itu terus memperoleh bahagian pasaran melalui kemenangan reka bentuk baharu, terutamanya dalam aplikasi lampu gabungandan LED Pintar untuk aplikasi pencahayaan dalaman.

 

"Kami mengekalkan saranan "neutral" dengan harga sasaran (TP) RM1.33 sesaham," katanya. - DagangNews.com