Diskaun tol Tahun Baru Cina memberi manfaat kepada rakyat, inisiatif kerajaan bagi meningkatkan perbelanjaan ekonomi domestik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Diskaun tol Tahun Baru Cina memberi manfaat kepada rakyat, inisiatif kerajaan bagi meningkatkan perbelanjaan ekonomi domestik

Oleh Zahrah Husayn

KUALA LUMPUR 25 Jan – Potongan 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina memberi kelegaan dan manfaat yang besar kepada rakyat, kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Muhammad Ridhuan Bos Abdullah.

 

“Pengumuman tol percuma atau potongan 50 peratus secara tidak langsung dapat menjana perbelanjaan pengguna pada awal tahun,” katanya kepada DagangNews.

 

Zahrah Husayn
                     Muhammad Ridhuan Bos Abdullah

 

Beliau berkata selain sokongan dasar monetari Bank Negara Malaysia yang menetapkan Kadar Dasar Semalaman pada tahap 3 peratus, kerajaan perlu menyuntik ekonomi domestik pada awal tahun atau suku pertama tahun ini.

 

Bagaimanapun, Muhammad Ridhuan turut menjelaskan bahawa di samping pengumuman terbaru kerajaan itu, kajian empirikal perlu dijalankan bagi memahami hubungan antara perbelanjaan isi rumah dan pelaksanaan tol percuma oleh kerajaan.

 

“Ini untuk memastikan sebarang langkah yang diambil kerajaan benar-benar memberi kesan positif kepada perbelanjaan isi rumah,” tambah beliau lagi.

 

Beliau turut menambah bahawa kajian empirikal perlu dilaksanakan untuk memahami kesan limpahan tol percuma kepada rakyat Malaysia.

 

Muhammad Ridhuan turut menambah bahawa jumlah kenderaan yang meningkat apabila pengumuman tol percuma di buat turut diguna pakai sebagai tanda aras kepada penyedia perkhidmatan lebuh raya terutama untuk merancang kemudahan perkhidmatan Rehat dan Rawat (R&R) pada masa hadapan.

 

Pada masa yang sama, Muhammad Ridhuan berkata kerajaan turut perlu mengambil kira kos lepas kepada "peruntukkan" tol mungkin boleh diagihkan kepada perbelanjaan pembangunan.

 

“Sebelum ini kerajaan "berpandangan" tidak ada lagi tol percuma selepas 2024, mungkin selepas ini perlu mengambil kira aspek kecekapan peruntukkan dengan lebih teliti,” katanya lagi.

 

 

parafrasa

 

 

Kabinet terdahulu telah mengumumkan bahawa tiada tol percuma di musim perayaan, dimana rakyat sudah menikmati tol percuma pada empat perayaan utama bagi dua tahun berturut-turut yang memberi implikasi kewangan sejumlah RM300 kepada kerajaan pusat.

 

Pengumuman kerajaan bagi potongan diskaun sebanyak 50 peratus mengakibatkan implikasi kewangan sebanyak RM20 juta kepada kerajaan.

 

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bagi semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) pada 27 dan 28 Jan ini, dengan peruntukan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi terlibat dianggar berjumlah RM20.08 juta. - DagangNews.com