Citaglobal raih dua subkontrak lebih RM36 juta daripada Marquris Holdings bagi membina Sistem Pengangkutan Bandar Kuching | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Citaglobal raih dua subkontrak lebih RM36 juta daripada Marquris Holdings bagi membina Sistem Pengangkutan Bandar Kuching

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Jan - Citaglobal Bhd meraih dua subkontrak daripada Marquris Holdings Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) berjumlah lebih RM36 juta.

 

Dalam satu makluman di Bursa Malaysia, kedua-dua LoA berasingan itu dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB) pada 2 Disember 2024. 

 

"Subkontrak pertama melibatkan pembinaan infrastruktur untuk Laluan Merah dari Kuching Sentral yang bernilai lebih RM29 juta.

 

"Di samping itu, subkontrak kedua merangkumi pembelanjaan bahan struktur keluli stesen (Pakej 2) bagi kerja-kerja pembinaan yang diterangkan dalam kontrak pertama. 

 

"Kontrak kedua itu bernilai lebih RM6 juta," katanya.

 

Katanya, kedua-dua kontrak itu akan berkuatkuasa pada hari penganugerahan LoA  dan akan berjalan selama 14 bulan.


Mengenai potensi risiko berkaitan kedua-dua subkontrak itu, syarikat tidak  meramalkan sebarang faktor risiko selain daripada risiko operasi biasa. 

 

Oleh itu, CESSB akan melaksanakan pendekatan yang diperlukan untuk mengurangkan pelbagai faktor risiko yang dikenal pasti sepanjang tempoh masa kontrak. 

 

Sementara itu, menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan 31 Disember 2026. - DagangNews.com