KUALA LUMPUR 13 Feb - CGS International (CGSI) Research memulakan liputan terhadap Kumpulan Kitacon Bhd dengan saranan "tambah" pada harga sasaran (TP) RM1.28 sesaham.
Firma penyelidikan itu berkata, pemaju hartanah itu mempunyai buku pesanan sebanyak RM1.2 bilion setakat September 2024.
“Pada pandangan kami, Kitacon adalah ketinggalan dalam sektor hartanah, kerana ia berdagang pada diskaun sekitar 67% kepada purata sektor sebanyak 21.5 kali nisbah harga kepada pendapatan (PE) 2025.
"Dengan profil pulangan atas ekuiti (ROE) sebanyak 14.6%, berbanding dengan Sime Darby Property 18 Bhd yang mempunyai ROE sebanyak 5.3% ” katanya dalam satu nota penyelidikan.
ARTIKEL BERKAITAN:Kitacon terima kontrak RM104.3 juta daripada Sime Darby Property bina 20 unit kilang di Bandar Bukit Raja III
CGSI Research berkata kemenangan kontrak Kitacon meningkat daripada lingkungan RM433 juta sehingga RM490 juta, pada tahun kewangan 2020 (FY20) dan FY21 kepada paras tertinggi iaitu lebih RM1 bilion pada FY23 dan FY24.
Firma penyelidikan itu meramalkan Kitacon menerima jumlah kontrak sebanyak RM1.2 bilion sehingga RM1.3 bilion pada FY25 dan FY26, disokong oleh jualan belum dibilkan oleh pelanggan utamanya.
Setakat ini, Kitacon menerima kontrak kerja pembinaan berjumlah RM170 juta. - DagangNews.com








