Bursa Malaysia anjur Hari Kewangan Sosial Islam sempena Ramadan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bursa Malaysia anjur Hari Kewangan Sosial Islam sempena Ramadan

Dari kiri,, Aishamuddin, Ahmad Fauwaz, Datuk Fad’l Mohamed, Prof Madya. Dr. Nik Hazimi dan Jumadi
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Mac – Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Bursa Malaysia telah menganjurkan Hari Kewangan Sosial Islam yang julung kalinya diadakan pada 3 Mac 2026. 

 

Majlis ini menampilkan sesi ilmu interaktif, mini bazar Raya serta pameran reruai oleh agensi‑agensi yang berkaitan. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed turut menyampaikan sumbangan kepada rakan-rakan strategik bagi menyokong keusahawanan asnaf, pendidikan kewangan sosial Islam dan kesejahteraan komuniti.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Latihan dan Pembangunan) TEKUN Nasional, Aishamuddin Zulkefli dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.

 

Selain itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Kewangan Sosial Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya. Dr. Nik Hazimi Mohammed Foziah dan Ketua Pegawai Syariah SME Bank, Jumadi Kadir juga turut serta ke majlis tersebut. - DagangNews.com