Bonia beli baki 10% pegangan dalam Casa Bologna pada harga RM2.1 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bonia beli baki 10% pegangan dalam Casa Bologna pada harga RM2.1 juta

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 25 Jun – Bonia Corporation Bhd dijangka mengambil alih baki 10% pegangan dalam anak syarikat pelaburan hartanahnya, Casa Bologna Sdn Bhd (CBN), daripada One Seafood F&B Sdn Bhd pada harga RM2.1 juta.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, pemerolehan itu dijangka selesai pada suku ketiga tahun ini, sekali gus menjadikan CBN sebagai anak syarikat milik penuh Bonia.

 

Ketika ini, Bonia memegang 90% kepentingan dalam CBN selepas mengambil alih tambahan 25% pegangan pada harga RM5.66 juta pada Mac lalu.

 

Manakala, CBN memiliki dua lot tanah di Bukit Bintang.

 

Saham Bonia ditutup lima sen atau 4.76% lebih tinggi kepada RM1.10, dengan permodalan pasaran RM221.73 juta.- DagangNews.com