Binastra raih kontrak bina pusat data bernilai lebih RM250 juta di Cyberjaya | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Binastra raih kontrak bina pusat data bernilai lebih RM250 juta di Cyberjaya

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 12 Feb - Binastra Corporation Bhd menerima kontrak bagi membina pusat data bernilai RM250.37 juta di Cyberjaya. 

 

Dalam makluman kepada Bursa, pembangun hartanah itu berkata, syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd menerima surat anugerah (LoA) daripada MYT DC3 Sdn Bhd.  

 

Katanya, kerja-kerja pembinaan kontrak itu akan bemula pada 26 Februari 2025 dan akan disiapkan dalam dua fasa antara 15 Jun 2025 dan 15 Disember 2025. 


"Kontrak tersebut meliputi kerja-kerja pembinaan termasuk satu pusat data yang mempunyai enam tingkat, satu rumah pengawal dan satu rumah sampah," katanya. 

 

Binastra berkata, kontrak itu dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan pada tahun kewangan.

 

Sementara itu, Lembaga pengarah berpendapat penerimaan kontrak itu adalah demi kepentingan baik syarikat- DagangNews.com