Batik Air mahu slot AirAsia di Lapangan Terbang Subang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Batik Air mahu slot AirAsia di Lapangan Terbang Subang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Mac - Batik Air meminta pihak berkuasa mempercepatkan peruntukan slot penerbangan tambahan kepadanya di Lapangan Terbang Subang.

 

Slot penerbangan AirAsia yang kembali beroperasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2)  menjadi rebutan syarikat-syarikat penerbangan sedia ada di Subang atau nama khasnya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, syarikat itu mahu meningkatkan kekerapan penerbanganya selain memperkenalkan lebih banyak laluan dalam beberapa bulan akan datang.

 

 

Ketika kerajaan mempercepatkan usaha untuk mengubah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah menjadi hab serantau terulung, Batik Air menyokong sepenuhnya visi itu dan bersedia memainkan peranan penting dalam usaha itu.

 

"Dengan meningkatkan ketersambungan dan kebolehcapaian, syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk menyokong pertumbuhan lapangan terbang sebagai pintu masuk dinamik untuk pengembara perniagaan dan percutian," katanya dalam satu kenyataan.

 

Batik Air akan memberi sokongan padu terhadap inisiatif itu dan pada masa sama menyifatkan lapangan terbang itu berpotensi sebagai lapangan terbang bandar moden dan Batik Air terhadap transformasinya.

 

"Kehadiran kami yang diperluaskan akan menawarkan lebih banyak pilihan dan kemudahan kepada pelancong sambil mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan utama di rantau ini," katanya.

 

 

parafrasa

 

 

Pada minggu lalu, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk berpindah dari Subang ke KLIA2 dibuat bagi meningkatkan kecekapan dan pengalaman pelanggan, dengan permintaan yang semakin meningkat. 

 

Katanya, walaupun Lapangan Terbang Subang selesa, pembangunan semulanya akan mengambil masa untuk menyokong pertumbuhan masa depan.

 

AirAsia berpindah ke KLIA2 bermula 7 April 2025, mengosongkan slotnya di Lapangan Terbang Subang.

 

Beliau juga meminta kerjasama segera daripada pengawal selia syarikat penerbangan, termasuk Kementerian Pengangkutan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mempercepatkan peruntukan slot penerbangan tambahan di Lapangan Terbang Subang. - DagangNews.com