AZRB terima kontrak RM63.4 juta daripada JKR bina jambatan di Kuala Lipis | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AZRB terima kontrak RM63.4 juta daripada JKR bina jambatan di Kuala Lipis

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Feb - Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) menerusi Ahmad Zaki Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM63.4 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pembinaan dan penyiapan jambatan di Kampung Binjai, Kuala Lipis, Pahang.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu perlu disiapkan dalam tempoh 36 bulan bermula 12 Februari 2025.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan.

 

Tiada pengarah dan pemegang saham utama AZRB atau mana-mana orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak.

 

Lembaga Pengarah AZRB berpendapat, kontrak itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat.- DagangNews.com