KUALA LUMPUR 19 Mac - AmanahRaya Real Estate Investment Trust (REIT) mengumumkan pelantikan Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.
REIT itu berkata, Mohd Iskandar yang sebelum ini merupakan Pengarah Urusan sementara AmanahRaya REIT, membawa kepakaran yang luas dalam strategi korporat, pengurusan risiko, perancangan kewangan dan pengurusan pelaburan hartanah merentasi pelbagai sektor.
"Keutamaan kami kekal fokus untuk mengoptimumkan portfolio aset kami, menyediakan pertumbuhan mampan dan memastikan nilai jangka panjang untuk pemegang unit kami.
"Dengan asas yang kukuh, saya yakin AmanahRaya REIT berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang baharu dan mengukuhkan lagi kehadiran di pasaran," katanya dalam satu kenyataan. - DagangNews.com








