KUALA LUMPUR 21 April - Jenama pelitup muka premium, Callie terus menerajui pasaran dalam pelbagai cara, termasuk menjadi jenama pelitup muka pertama yang mencuri perhatian di lokasi paling meriah, iaitu Pavilion Mall, Bukit Bintang.
Ia muncul dengan papan iklan 3D untuk mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya tidak lupa memakai pelitup muka demi keselamatan sambil tampil bergaya pada musim perayaan ini.
Pengarah Urusan Rentas Health, Kelly Teoh berkata, setelah berdepan dengan peringkat endemik ketika ini dan visi untuk menyediakan cara baharu agar pengguna kekal selamat dalam menjalani aktiviti harian, pasukan Callie telah bertungkus lumus mereka bentuk pelitup muka yang mengambil kira faktor gaya hidup kontemporari.
"Kini kami gembira dapat memperkenalkan Callie Raya, koleksi pelitup muka yang selesa, bergaya dan dalam pelbagai pilihan warna serta masih mematuhi standard yang ketat untuk dipakai semasa Hari Raya ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Callie mempelopori inisiatif ini, menggabungkan gaya yang diilhamkan oleh industri fesyen, dengan bahan yang diperakui dunia dan kaedah saintifik terkini untuk mereka cipta perlindungan yang anggun bagi setiap acara.
Di sebalik pelitup muka gred perubatan yang disahkan, Callie merupakan jenama yang memfokuskan kepada insan dengan menggabungkan ciri keselamatan tertinggi, kebolehpakaian yang mantap dan reka bentuk hebat yang menjadikan rekaannya sebagai sebahagian penting dalam setiap gaya hidup.
Terkenal kerana warna-warnanya yang memukau, keselesaan dan inovasi pintar, Callie menjadikan rakyat Malaysia selamat sambil bergaya supaya mereka dapat meneruskan aktiviti kegemaran mereka dan tampil hebat pada setiap masa.
Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ini juga tidak ada bezanya kerana Callie memperkenalkan rangkaian produk yang ideal untuk disuaikan dengan pakaian Hari Raya.
Ini termasuklah pelitup headloop yang direka khusus bagi hijabista sofistikated, pelitup muka respirator KF 94 untuk keselamatan peringkat tinggi yang estetik dan pelitup muka sterilisasi kendiri yang dilapisi lapisan Quantum Resonance Copper untuk perlindungan tertinggi.
Kesemua pelitup ini tersedia dalam pelbagai warna termasuk ForEvergreen, Rule the Night & Neutral Beige yang mudah digabungkan dan disuaikan dengan fesyen Raya, menjadikan sesi berfoto bersama teman dan keluarga cantik dan sempurna.
Sebagai sebahagian daripada perayaan yang berkaitan dengan Hari Raya dan lanjutan kepada peragaan ulungnya, Callie juga menjalankan pertandingan dalam talian #SerasiBersamaCallie Challenge di mana para peserta menghantar gambar mereka dengan pakaian berfesyen yang disuaikan dengan pelitup muka rangkaian Raya Callie.
Para peserta berpeluang menjadi 'bintang', di mana 5 pemenang terpilih akan ditampilkan di papan iklan Callie yang terletak di luar The Starhill Kuala Lumpur.
Callie juga akan menjalankan pelbagai promosi dan pemberian hadiah bertemakan Hari Raya sepanjang Ramadan dan Syawal, bagi memastikan pelindungan yang cantik bergaya menjadi sebahagian daripada amalan pada musim perayaan yang mulia ini.
Kunjungi Callie Lab Pop-up 2022 @ The Starhill Aras G, Entrance Atrium mulai 18 April hingga 1 Mei ini mulai 10 pagi hingga 10 malam. - DagangNews.com








