Setel tawar hadiah telefon pintar hanya dengan penyertaan RM1 menerusi cabaran One To Win | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Setel tawar hadiah telefon pintar hanya dengan penyertaan RM1 menerusi cabaran One To Win

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Dis - Untuk meraikan tahun 2022 sebelum ia melabuhkan tirainya, Setel membuka cabaran “One To Win” kepada semua pengguna Setel untuk berpeluang memenangi aneka hadiah menarik melalui aplikasi Setel.

 

Setel dalam satu kenyataan berkata, untuk mengambil bahagian, pengguna Setel hanya perlu memilih hadiah mingguan yang mereka inginkan dan membeli penyertaan cabaran “One To Win” dengan bayaran RM1 untuk berpeluang memenangi hadiah berkenaan. 

 

"Cabaran ini akan dijalankan dalam tiga fasa yang menampilkan empat hadiah mingguan baharu, dan pengguna boleh membeli sebanyak empat penyertaan bagi setiap minggu, terhad kepada satu penyertaan bagi setiap hadiah," katanya.

 

Tambahnya, pemenang akan dimaklumkan melalui peti masuk di aplikasi Setel mereka selain diumumkan di www.setel.com dan laman rasmi Facebook, Twitter serta Instagram milik Setel.

 

Katanya, pengguna Setel yang tidak terpilih sebagai pemenang bagi cabaran tersebut akan dipulangkan semula wang bayaran mereka. 

 

"Wang yang digunakan oleh pengguna untuk membeli penyertaan mereka melalui Setel Wallet masing-masing akan dikembalikan dalam tempoh 48 jam.

 

 

setel

 

 

"Manakala peserta yang membuat bayaran melalui kad debit atau kredit akan dikembalikan wang mereka dalam tempoh 5 hingga 7 hari, bergantung kepada tempoh pemprosesan bank pengguna," katanya. - DagangNews.com