Proton kembali ke Afrika Selatan selepas 10 tahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Proton kembali ke Afrika Selatan selepas 10 tahun

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 April - Pengeluar kereta nasional, Proton telah melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar kenderaan Proton di Afrika Selatan.

 

Pemeteraian itu akan menyaksikan proses penghantaran pertama kenderaan Proton (CBU) yang bakal dijual pada bulan September. 

 

Penghantaran pertama akan diketuai oleh Proton X50 dan Proton X70 dan ini akan diikuti dengan Proton Saga, yang kembali ke negara itu selepas jualan berakhir pada tahun 2012.

 

Proton yakin dengan prospek jualannya di Afrika Selatan apabila syarikat meramalkan jualan yang kukuh bagi tahun ini dan menyasarkan lebih daripada dua kali ganda volumnya pada tahun 2023. 

 

Untuk suku pertama tahun ini, jumlah jualan eksport telah meningkat sebanyak 175% berbanding tempoh yang sama pada 2021. Jualan dijangka bertambah kerana syarikat bersasaran untuk meningkatkan eksport lebih daripada 300% pada akhir tahun ini.

 

Pada tahun 2010, PROTON mengeksport 29,833 unit ke beberapa pasaran luar negara. Angka ini berkurang kepada hanya 248 unit pada 2017 walaupun volum mengalami peningkatan secara beransuran. 

 

Pada tahun lepas, 3,018 kenderaan Proton dijual di luar negara, iaitu lebih dua kali ganda daripada 1,508 unit yang dieksport pada tahun 2020. Untuk tahun 2022, Jabatan Jualan Antarabangsa bersasaran untuk meningkatkan jualan eksport kepada 10,000 unit.

 

Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata, matlamat jangka panjang Proton memerlukan eksport memainkan peranan utama untuk mengembangkan jualan keseluruhan syarikat kerana TIV di Malaysia dijangka tidak banyak berubah.

 

 

proton

 

 

proton

 

 

proton
(Dari kiri) Pengarah Kanan Strategi Korporat Proton, Yusri Yusuf; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dan Ketua Pengedaran Antarabangsa Proton, Lau Yit Mun.

 

 

proton

 

 

proton

 

 

"Justeru itu, kami mengeksploitasi kekuatan produk baharu kami, jenama kami dan juga hubungan Malaysia dengan negara lain untuk bertapak di pasaran baharu. Ini kemudiannya diperkukuhkan dengan mewujudkan operasi KD di mana-mana yang berpotensi, yang juga dapat membantu mengembangkan ekonomi tempatan,” katanya. - DagangNews.com