Projek perbandaran Pulau Andaman Fasa 1 raih Pensijilan Platinum GreenRE | DagangNews Skip to main content

Projek perbandaran Pulau Andaman Fasa 1 raih Pensijilan Platinum GreenRE

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Mei - Pemaju hartanah, Eastern & Oriental Bhd (E&O) mengumumkan projek perbandaran Pulau Andaman Fasa 1 yang dibangunkannya dianugerahkan Pensijilan Sementara Platinum GreenRE di bawah kategori perbandaran.

 

GreenRE ditubuhkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) pada 2003 untuk mempromosikan kemampanan dalam sektor hartanah Malaysia.

 

Pengarah Urusan E&O, Kok Tuck Cheong berkata, ia menjadikan Andaman sebagai perbandaran pertama di Malaysia yang menerima anugerah berkenaan, sekali gus menjadi bukti komitmen syarikat terhadap pembangunan dan kehidupan mampan.

 

Katanya, Andaman bukan sekadar pulau bandar, ia adalah kerjasama di antara E&O dengan KWEST, yang memberi komitmen kepada pembangunan dan kehidupan yang mampan.

 

"Kami berbesar hati menerima pengiktirafan daripada REHDA untuk Pulau Andaman Fasa 1, The Meg dan Arica. 

 

"Andaman adalah kehidupan hijau dan pembinaan komuniti, yang mana kami berusaha untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif melalui pelbagai inisiatif di pulau itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

andaman

 

 

Pulau Andaman Fasa 1 ialah projek pembangunan perbandaran 15-20 tahun antara anak syarikat E&O, Tanjung Pinang Development Sdn Bhd dan KWEST Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, melalui Persada Mentari Sdn Bhd di bawah asas 80% dan 20%. - DagangNews.com