PM ucap selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci hari ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM ucap selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci hari ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan bakal jemaah haji yang akan berlepas ke Mekah hari ini. - Gambar BERNAMA

SEPANG 4 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci dalam pertemuan di Pusat Konvensyen Movenpick di sini.

 

Kumpulan itu yang terdiri daripada 298 jemaah haji itu akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5635 pada pukul 1.35 petang hari ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan, lapor Bernama.

 

Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini. Dua tahun sejak 2020 jemaah Malaysia tidak dibenarkan mengerjakan haji ekoran pandemik COVID-19. - DagangNews.com