PM Ismail Sabri harap TUDM terus menjadi kuasa udara disegani | DagangNews Skip to main content

PM Ismail Sabri harap TUDM terus menjadi kuasa udara disegani

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus menjadi kuasa udara yang disegani, dihormati dan kental dalam melindungi sempadan negara.

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, jasa dan pengorbanan warga TUDM amat besar, selain veteran TUDM yang banyak menabur bakti demi keamanan hari ini.

 

Dalam hantaran tersebut, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari TUDM ke-64.

 

"Kuasa pelindung kedaulatan negara, pertaruhkan nyawa demi Keluarga Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia.

 

"Selamat Menyambut Hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-64. Amat besar jasa dan pengorbanan warga TUDM, selain veteran TUDM yang banyak menabur bakti demi keamanan hari ini.

 

Semoga TUDM terus menjadi kuasa udara yang disegani, dihormati dan kental dalam melindungi sempadan negara. Selamat Hari TUDM, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara," katanya. - DagangNews.com