KUALA LUMPUR 23 Dis - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyempurnakan penyerahan dan kerja baik pulih jalan 'Vehicular Box Culvert' (VBC) di Kampung Sari Baru, Pagoh, Johor.
PLUS menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan, laluan di bawah Lebuhraya Utara-Selatan tersebut terletak di KM139.45 dan digunakan kira-kira 7,000 masyarakat setempat.
Dalam ucapannya, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail turut menyatakan kesediaan PLUS untuk menilai keperluan untuk menaiktaraf sebuah lagi laluan VBC di lokasi berhampiran.
Majlis hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.



Pada majlis sama, PLUS turut menyampaikan sumbangan tabung zakat kepada Surau Al-Hakim dan menyalurkan bantuan kepada kira-kira 60 asnaf dari kampung-kampung berhampiran. - DagangNews.com








