PLS Plantations terima penarafan Silver3 daripada RAM Sustainability | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PLS Plantations terima penarafan Silver3 daripada RAM Sustainability

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 April - PLS Plantations Berhad hari ini mengumumkan penarafan Silver3 mereka yang dianugerahkan oleh RAM Sustainability bagi segmen perladangan dan perdagangan prinsipalnya.

 

Ia memperlihatkan kewujudan jurang dan titik permulaan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat yang mustahak bagi usaha penghutanan semula serta bagi sektor berkaitan perladangan.

 

Penarafan kemampanan oleh RAM Sustainability merangkap prestasi kemampanan korporat syarikat berdasarkan tema ESG serta garis panduan antarabangsa dan domestik yang relevan seperti dokumen Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (CCPT) diusulkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif PLS Plantations, Tan Sri Nazir Razak berkata, syarikat bekerja keras dalam melaksanakan strategi untuk menjadi pembekal agromakanan serba mampan yang terkemuka di Malaysia dalam jangka waktu terdekat.

 

"Penarafan tersebut memahat satu tanda aras bagi syarikat dalam menetapkan strategi yang jelas daripada segi keutamaan dan bidang tumpuan kami, merentasi seluruh perniagaan dan operasi PLS Plantations khususnya sudut-sudut yang perlu ditambah baik. 

 

"Tidak kurang pentingnya, ia menawarkan para pemegang tara kami pelabur, pengawal selia, rakan perniagaan, pembekal dan klien iaitu suatu objektif dan penilaian yang telus mengenai komitmen kami terhadap kemampanan, di samping tanggungjawab kami sebagai pembekal, rakan perniagaan dan majikan yang boleh dipercayai," katanya dalam satu kenyataan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif RAM Sustainability, Promod Dass pula berkata, pihaknya berharap langkah ini akan menjadi teladan bagi syarikat-syarikat lain dalam memulakan perjalanan kemampanan masing-masing serta menanam aspirasi untuk memperoleh penarafan yang tertinggi.

 

“PLS Plantations sedang mengorak titik permulaan dalam perjalanan ESG mereka dengan membenarkan dirinya tertakluk kepada penarafan kemampanan yang berstandard tinggi, dan ketelusan ini penting meskipun ia memdedahkan profil risiko ESG mereka yang tinggi.

 

"Justeru langkah tersebut harus dipuji, dan kami berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab dalam memantau kemajuan mereka dari sudut kemampanan," katanya.

 

Sebagai sebahagian daripada perjalanan ke arah pemulihan syarikat, PLS Plantations menunjukkan komitmen yang kukuh untuk meluaskan rangka pentadbiran korporat dan polisinya, terutamanya dalam bab pentadbiran kemampanan, sementara menunggu rangka kerja dan dasar mentadbir syarikat secara menyeluruh diluluskan. 

 

Berpaksikan Kerjasama Awam-Swasta (PPP), visi PLS Plantations adalah untuk menyumbang kepada sekuriti makanan negara serta mencetus impak sosioekonomi yang positif melalui inisiatif-inisiatif yang memanfaatkan petani tempatan, khususnya golongan B40 dan komuniti Orang Asli. 

 

Syarikat bertekad untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, seperti dibuktikan melalui pelbagai pensijilan yang telah diperolehi seperti Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi segmen perladangan PLS Plantations. - DagangNews.com