Pernas sertai pameran sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan di Kuching | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pernas sertai pameran sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan di Kuching

Orang ramai dijemput mengunjungi gerai Pernas pada program Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Waterfront, Kuching, Sarawak bermula 20 hingga 26 Mei 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Mei - Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyertai pameran sempena program Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Waterfront, Kuching, Sarawak bermula 20 hingga 26 Mei 2023.

 

Pernas dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, inisiatif tersebut bagi mempromosikan peranan dan perkhidmatan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi di bawahnya khususnya kepada penduduk sekitar Kuching.

 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan tersebut.

 

Pada 18 hingga 20 Mei lepas, Pernas juga membuka gerai pameran di Franchise International Malaysia (FIM) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pengunjung, termasuk sesi penerangan mengenai perkhidmatan dan produk Pernas seperti pembiayaan francais, pelaburan francais, latihan francais, pelaburan ekuiti dan kaji selidik mengenai jenama Pernas.

 

Katanya, Pernas menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk mempromosikan perniagaan francais di samping melahirkan lebih ramai usahawan francais Malaysia.

 

"Penganjuran program ini juga membuka peluang Pernas mencari pelanggan berpotensi dan mengukuhkan kedudukan sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam industri francais.

 

 

pernas
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan di Waterfront, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

 

 

"Bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan francais, Pernas bukan sahaja menawarkan skim pembiayaan, malah turut menyediakan pelaburan serta latihan mengenai perniagaan francais," katanya.

 

 

pernas

 

 

Pameran FIM 2023 menampilkan lebih daripada 100 jenama francais terkemuka dari seluruh dunia, antaranya Gloria Jean’s Coffees, LaundryBar, Marrybrown, Boat Noodle, Genius Aulad, HOME, Mokti’s dan banyak lagi. - DagangNews.com