Pernas, Focus Point santuni masyarakat di Sabah | DagangNews Skip to main content

Pernas, Focus Point santuni masyarakat di Sabah

Pemeriksaan mata percuma dikendalikan oleh Focus Point dan Pernas untuk penduduk di Penampang, Sabah pada 22 Disember 2023. - Gambar Pernas

KADAMAIAN 25 Dis – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. melalui Program CSR Pernas Prihatin dan Sumbangan Cermin Mata Focus Point di Sabah.

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, program CSR ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan di kawasan Kadamaian yang memberi manfaat kepada 200 penerima di kawasan tersebut.

 

Pada majlis yang sama, sumbangan turut diberikan kepada 200 penerima di kawasan Penampang dengan jumlah keseluruhan seramai 400 penerima di negeri Sabah.

 

 

pernas
Datuk Ewon Benedick menyampaikain sumbangan kepada seorang daripada 400 penduduk untuk Program CSR Pernas Prihatin di Sabah pada 22 Disember 2023.

 

pernas
                                Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah

 


“Daripada 400 orang tersebut, 200 penerima merupakan menerima agihan barang keperluan, manakala 200 lagi merupakan penerima sumbangan cermin mata.

 

"Inisiatif pertama adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan yang memerlukan barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, sos, biskut dan sebagainya.

 

"Manakala inisiatif kedua adalah bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan penglihatan dengan pemberian cermin mata percuma,” tambah beliau.

 

Sumbangan cermin mata dan pemeriksaan mata secara percuma merupakan inisiatif bersama Focus Point iaitu sebuah syarikat rangkaian optik terbesar di Malaysia.


 

pernas

 


Pada tahun ini, Focus Point telah melaksanakan 22 program CSR dengan menyumbang sebanyak lebih 490 cermin mata kepada golongan yang memerlukan bantuan penglihatan.

 

Terdahulu, bagi pemberian barang keperluan, Pernas telah menyumbang sebanyak 800 kotak makanan kepada asnaf di negeri Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

 

Program pada hari ini membuktikan inisiatif Kementerian dan agensi dalam membantu golongan yang memerlukan di mana usaha ini diharap dapat dijadikan contoh dan galakan kepada syarikat-syarikat dan agensi-agensi lain di luar sana.

 

Program CSR Pernas Prihatin dan Sumbangan Cermin Mata Focus Point turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Pernas, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah dan Juruoptik dan Pengurus Cawangan Focus Point, Teng Yee Jiun. - DagangNews.com