Perdana Menteri tidak pasti kesahihan ‘PASLeaks’ | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Perdana Menteri tidak pasti kesahihan ‘PASLeaks’

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA 22 April - Susulan tular dokumen ‘PASLeaks’ yang mengandungi dakwaan percaturan termasuk untuk mencampuri urusan kehakiman, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kesahihan dokumen itu tidak dapat ditentukan.

 

“Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung dokumen yang tular itu ketika ditemui pemberita selepas  merasmikan sesi Town Hall dan melancarkan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini.

 

Dokumen “PASleak” yang tular mengandungi dakwaan terdapat gerak kerja untuk percaturan politik termasuk menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman, menurut Bernama.

 

Dokumen itu turut menyentuh mengenai masa depan Ismail Sabri sebagai perdana menteri. - DagangNews.com