Peluang sertai klinik bola sepak jurulatih Wolverhampton Wanderers menerusi kempen `Dare to Dream’ MBSB Bank | DagangNews Skip to main content

Peluang sertai klinik bola sepak jurulatih Wolverhampton Wanderers menerusi kempen `Dare to Dream’ MBSB Bank

oleh JOHARDY IBRAHIM

KELAB Wolverhampton Wanderers mengejutkan dunia bola sepak apabila menewaskan juara bertahan Manchester City baru-baru ini, yang terus menjadi bualan dan kekaguman peminat Liga Perdana Inggeris.

 

Terbukti, Wolves memiliki pemain yang berkebolehan untuk memeranjatkan pasukan kaya-raya dan selalu menjadi juara seperti Manchester City!

 

Pengulas sukan United Kingdom tidak menganggapnya sebagai `nasib baik’ atau dibantu oleh VAR, tetapi menyifatkannya hasil kemahiran pemain dan strategi jurulatih mudanya yang berkaliber, Gary O’Neil yang menerajui barisan kejurulatihan kelab Wolves tersebut.

 

 

wolves
Kemenangan Wolves 2-1 ke atas juara bertahan EPL, Manchester City pada 30 September 2023

 

 

Dan tahukah anda bahawa anak anda berpeluang untuk menjalani latihan bersama jurulatih Wolves, bukan di England tetapi di Malaysia!

 

Caranya ialah dengan membuka Akaun Simpanan M-Junior-i di MBSB Bank dan anak anda akan berpeluang untuk mengikuti sesi latihan bersama kelab Wolves. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘DARE TO DREAM’ yang sedang berlangsung sekarang.

 

Ini merupakan peluang sekali seumur hidup bagi ibu bapa yang mempunyai anak untuk dilatih oleh jurulatih profesional melalui pembukaan Akaun Simpanan M-Junior-i.

 

Akaun Simpanan M-Junior-i adalah akaun simpanan khusus untuk anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun. Dengan deposit minimum sebanyak RM20, anda boleh menikmati kadar keuntungan sebanyak 2.25% setahun, selain boleh mendapatkan beg sekolah eksklusif secara percuma dalam tempoh yang terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

mbsb

 

 

Lebih menarik lagi, akaun Simpanan M-Junior-i ini adalah bersifat patuh Syariah iaitu secara Tawarruq dan anda boleh membuka akaun di mana sahaja cawangan MBSB Bank yang berdekatan dengan anda.

 

Seramai 500 peserta dijangka akan menyertai sesi klinik bola sepak yang dikendalikan oleh jurulatih rasmi Wolves FC di lokasi-lokasi yang terpilih.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tonton `Live' bola sepak EPL di England menerusi kempen `Winners are Dreamers' MBSB Bank

 

Sesi pertama ialah pada 11 November 2023 bertempat di Pulai Pinang, dijadualkan 80 orang akan turut serta; sesi kedua di Melaka pada 12 November 2023.

 

Sesi ketiga akan diadakan di Kelantan pada 17 November 2023, sebelum penamat pada 19 November di Kuala Lumpur dengan jangkaan peserta seramai 180 orang.

 

 

parafrasa

 

 

Kempen Akaun Simpanan M-Junior-i merupakan sebahagian daripada dua kempen yang dijalankan oleh MBSB Bank, iaitu `WINNERS ARE DREAMERS’. Kempen ini juga memberikan peluang kepada peminat bola sepak di Malaysia untuk memenangi hadiah menonton perlawanan EPL di England dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh MBSB Bank.

 

Kempen ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan individu yang memiliki mana-mana rangkaian luas produk MBSB Bank meliputi Deposit Bertempoh-i, Deposit Bertempoh Junior-i, Akaun Simpanan-i, Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Hartanah-i, Takaful dan e-Wallet.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, kempen ‘WINNERS ARE DREAMERS’ dan ‘DARE TO DREAM’ telah direka khas selaras dengan MBSB Bank Championship 2023, dengan menawarkan tawaran istimewa dan pengalaman eksklusif kepada pelanggan MBSB Bank.

 

Selain menyemai sikap celik kewangan dan perancangan kewangan untuk pelanggan, aspek gamifikasi (maklumat) kempen kombo ini menggabungkan keterujaan bola sepak, perkongsian semangat untuk sukan ini dan memberi inspirasi kepada mereka yang mengambil bahagian untuk bercita-cita tinggi.

 

"Ini memupuk hubungan positif antara MBSB Bank, bola sepak dan masyarakat," katanya.

 

Di samping kempen-kempen ini, MBSB Bank turut memperkenalkan Kad VISA Debit-i MBSB Bank Championship edisi terhad yang direka khas untuk pelanggan yang merupakan pencinta bola sepak.

 

 

mbsb

 

 

Kempen ‘DARE TO DREAM’ akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2023, manakala Kempen ‘WINNERS ARE DREAMERS’ berlangsung sehingga 31 Januari 2024. Kedua-dua kempen ini sejajar dengan kerjasama strategik MBSB Bank dengan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

 

Sila layari www.mbsbbank.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘WINNERS ARE DREAMERS’ dan ‘DARE TO DREAM’ - DagangNews.com