Pameran dan Bengkel Ilham Mataku sumbang dana RM15,000 kepada ibu tunggal | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pameran dan Bengkel Ilham Mataku sumbang dana RM15,000 kepada ibu tunggal

Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (tengah) diiringi YM Raja Putra Shah (dua dari kiri) melihat hasil kreativiti yang dipamerkan.
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 14 Feb - Dana sebanyak RM15,000 berjaya dikumpulkan pada Pameran dan Bengkel Ilham Mataku 'Expression from the Heart' untuk disumbangkan kepada 30 orang ibu tunggal.

 

Program amal yang diadakan di Hotel Casuarina Kuala Kangsar pada Sabtu lalu merupakan cetusan idea Pengerusi HeArt & Craft, YM Raja Putra Shah.

 

Sumbangan dana tersebut diterima daripada Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Lembaga Air Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan kerajaan negeri Perak.

 

Pameran dan Bengkel Ilham Mataku ini dijayakan bersama karyawan seni tempatan dan Pertubuhan Wanita Prihatin Perak.

 

Ia juga mendapat kerjasama syarikat Art Case Gallery, Al-Najwa Productions, ICOMM Creative dan Nerv Global.

 

Program yang julung-julung kali diadakan itu sebagai usaha mewujudkan satu platform bagi golongan ibu tunggal mempamerkan bakat seni sambil berpeluang menjana pendapatan.

 

Kemahiran seni melukis dan kraftangan yang mereka perolehi ini adalah menerusi bimbangan karyawan seni atas tajaan korporat.

 

 

pameran
YM Raja Putra Shah (kanan) menyampaikan replika cek dana yang dikumpul menerusi penganjuran kepada Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Perak, Noorzita Rabaai.

 

 

pameran
Sebahagian daripada lukisan yang dihasilkan ibu tunggal semasa menyertai pameran tersebut.

 

 

Selain menampilan hasil seni lukisan ibu tunggal, program dipadatkan dengan pelbagai aktiviti seperti mencanting batik oleh pelajar sekolah, melukis muka dan pameran jualan seni.

 

Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat bagi merasmikan program tersebut. - DagangNews.com