Nurul Liyana juara Peraduan Video Kreatif anjuran DagangNews | DagangNews Skip to main content

Nurul Liyana juara Peraduan Video Kreatif anjuran DagangNews

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Sept - Sebuah video mengisahkan penceritaan kemerdekaan di era moden dipilih sebagai pemenang utama peraduan video kreatif anjuran DagangNews bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2023.

 

Nurul Liyana Abdul Ghafar, 26, dari Ampang, Selangor membawa pulang wang tunai RM500 berserta sijil penyertaan (e-cert).

 

Tempat kedua pula dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor menerusi video sekumpulan pelajar yang membina tugu pejuang kemerdekaan sekali gus memenangi RM300 berserta sijil penyertaan.

 

Manakala, tempat ketiga jatuh kepada Siti Khadijah Kamar dari Georgetown, Pulau Pinang dengan video puisi kemerdekaan, memenangi RM200 serta sijil penyertaan.

 

Editor Media Baharu DagangNews, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz berkata, pertandingan yang julung kali diadakan itu berlangsung sejak 17 Julai hingga 17 September lepas.

 

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak penyertaan video kreatif daripada peserta dari seluruh negara.

 

Katanya, kesemua pemenang dipilih berdasarkan merit kreativiti yang mana berdasarkan kefahaman tentang jalan cerita menarik dan mudah difahami.

 

 

dagangnews
Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz

 

 

 

dagangnews

 

 

"Ada video yang dihantar menarik namun terdapat visual (video) pihak ketiga tanpa memberi kredit kepada sumber asal, sekali gus tidak boleh dipertandingkan.

 

"Visual yang merupakan hak milik pencipta atau sumber asal di dalam mana-mana peraduan sekalipun tidak boleh digunakan tanpa keizinan," katanya.

 

 

TEMPAT PERTAMA: https://vt.tiktok.com/ZSNJRH37d/

 

 

dagangnews

 

 

TEMPAT KEDUA: https://vt.tiktok.com/ZSNJRPTq9/

 

 

dagangnews

 

 

TEMPAT KETIGA: https://vt.tiktok.com/ZSNJRHQa2/

 

 

dagangnews

 

 

Terdahulu, pertandingan bertemakan Kemampanan, Keyakinan, Kesejahteraan, Hormat, Daya Cipta dan Ihsan ini terbuka kepada warga Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam melahirkan individu yang memiliki idea dan daya kreatif sendiri.


 
Untuk menyertai pertandingan itu, orang ramai yang berminat perlu 'Like', 'Follow' akaun media sosial DagangNews seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

 

Pemenang ditentukan di atas 70% penilaian berdasarkan kandungan dan jumlah SUKA (LIKE) serta TONTONAN (view) dan 30% Juri hakim pihak penganjur. - DagangNews.com