Nestcon raih kontrak bina pangsapuri bernilai RM200 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Nestcon raih kontrak bina pangsapuri bernilai RM200 juta

KUALA LUMPUR 10 Jan - Nestcon Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Nestcon Builders Sdn. Bhd. meraih kontrak pembinaan pangsapuri bernilai RM200 juta daripada Armada Istimewa Sdn. Bhd.

 

Kontrak itu bagi menjalankan kerja pembinaan dan menyelesaikan kerja tanah, cerucuk dan penutup cerucuk, dinding penahan, substruktur, kerja bangunan utama dan kerja infrastruktur untuk projek pembangunan.

 

Ia membabitkan pembangunan komersial bercampur 47 tingkat terdiri daripada 320 unit pangsapuri servis dan 354 unit pejabat strata dengan kemudahan tempat letak kereta, kedai dan restoran di  Jalan Liew Weng Chee, Kuala Lumpur.

 

"Projek ini akan mengambil masa selama 41 bulan untuk disiapkan menjelang 16 Jun 2026," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Nestcon menjangkakan penganugerahan kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan penggearan sepanjang tempoh kontrak tersebut.

 

Dalam penutupan petang ini, harga sahamnya menokok 0.5 sen atau 1.08% kepada 47 sen dengan 3.98 juta saham diniagakan. - DagangNews.com