Mitsubishi Motors buka Pusat 3S baharu di Kemaman, yang keenam di Pantai Timur | DagangNews Skip to main content

Mitsubishi Motors buka Pusat 3S baharu di Kemaman, yang keenam di Pantai Timur

Pusat 3S baharu Mitsubishi Motors di Kemaman, Terengganu.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Mac - Mitsubishi Motors Malaysia bersama pengedar sah Okuan Motors Sdn Bhd melancarkan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

 

Memaparkan muka hadapan yang lebih bersemangat, Pusat 3S itu meningkatkan identiti jenama Mitsubishi Motors dan bekerjasama dengan mesej jenama global 'Drive Your Ambition'.

 

Dengan ruang binaan seluas 5,000 kaki persegi, ia menawarkan pelanggan persekitaran yang lebih inklusif dengan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI dan sudut kanak-kanak. 

 

Cawangan itu dilengkapi dengan pusat servis yang serba lengkap dengan tiga ruang servis yang sedia untuk berkhidmat untuk setiap kereta Mitsubishi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berkata, Okuan Motors telah bersama keluarga Mitsubishi Motors sejak 2015 dengan Pusat 3S di Kuantan, Pahang. 

 

"Sebagai pengedar kukuh yang komited untuk meningkatkan tahap dalam pengalaman pelanggan, Okuan Motors meluaskan jejaknya ke Terengganu, membuka sebuah lagi pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah beliau, pelancaran bilik pameran tersebut adalah cawangan keenam Mitsubishi di rantau Timur. 

 

 

mitsubishi
Shinya Ikeda (kiri) menerima cenderahati daripada wakil Okuan Motors, Jensen Chang pada majlis pelancaran Pusat 3S baharu Mitsubishi Motors di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

 

 

"Ia adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, terutamanya untuk trak pikap Triton dan crossover tujuh tempat duduk XPANDER. 

 

"Okuan Motors telah menjadi salah satu pengedar berprestasi tinggi kami di Pahang dan kami optimis untuk terus bekerjasama mengekalkan momentum jualan," katanya.

 

Okuan Motors terletak di No. F-56-57-58-G, Jalan Raja Udang 2, Kemaman River Front, Biz Centre, 24000 Cukai, Terengganu.

 

Bilik pameran dibuka dari Sabtu hingga Rabu pada pukul 8.45 pagi hingga 5.15 petang dan pada Khamis dari 8.45 pagi hingga 5 petang. - DagangNews.com