Menteri Kanan Pendidikan tinjau hari pertama SPM di Johor | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Menteri Kanan Pendidikan tinjau hari pertama SPM di Johor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Mac - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin hari ini meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2 dan SMK Kota Masai di Johor.

 

Beliau berkata, seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan di seluruh negara dengan 50,317 daripadanya melibatkan calon di negeri itu.

 

"Alhamdulillah, keadaan teratur dan peperiksaan berjalan dengan lancar di bawah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang baik.

 

"Saya doakan semoga anak-anak generasi pewaris negara ini dapat melakukan yang terbaik selepas melalui tempoh mencabar dalam pembelajaran sebelum hari peperiksaan.

 

"Terima kasih kepada pihak sekolah serta lebih 50,000 petugas peperiksaan yang terlibat dalam pelaksanaan SPM kali ini," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana membenarkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu membawa calon-calon SPM 2021 ke pusat-pusat peperiksaan, khususnya di negeri dilanda banjir.

 

 

kpm

 

 

"Terima kasih semua dan selamat maju jaya kepada anak-anak calon SPM2021," katanya.

 

 

kpm

 

 

kpm

 

 

Terdahulu, Dr Radzi berkata, ibu bapa dan calon SPM 2021 yang positif COVID-19, kuarantin dan kontak rapat tidak perlu bimbang berikutan masih berpeluang menduduki peperiksaan itu pada sidang kedua, bulan depan. -  DagangNews.com