KUALA LUMPUR 8 Mac - Trend ketika ini menyaksikan penggunaan platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram menjadi suatu kemestian buat bangsa usahawan.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd, trend tersebut semakin mendapat tempat dalam masyarakat terutama di platform TikTok.
Katanya, meskipun TikTok Shop baharu diperkenalkan pada April tahun lalu, namun ia berjaya meraih perhatian orang ramai untuk melakukan urusan jual beli.
"Bahkan ada saja usahawan dalam bimbingan RichWorks mencapai jualan ribuan, puluhan malah ratusan ribu ringgit sebulan melalui platform berkenaan.
"Sehubungan itu, inisiatif kami ini untuk berkongsikan ilmu dan panduan yang dapat berikan kejelasan dan kefahaman lantas membantu mereka meningkatkan bisnes masing-masing, Insya-Allah," katanya ketika dihubungi hari ini.
RichWorks yang ditubuhkan sejak 2008 merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian menyeluruh bagi usahawan.
Tambah Radz, RichWorks akan mengadakan Klinik Usahawan: Bisnes Raya Bersama TikTok secara dalam talian pada 11 Mac nanti.


"Program dari pagi hingga petang ini hanya mengenakan bayaran yang rendah sebagai yuran komitmen usahawan itu.
"Kami nak pastikan, mereka benar-benar nak hadir untuk dapatkan ilmu dan 'insight' macam mana mereka boleh gunakan platform berkenaan," jelasnya.
Untuk maklumat lanjut, usahawan boleh melayari laman web richworks.com/klinikusahawan. - DagangNews.com








